IKLAN

"Kunyit" buat party lamar pasangan! - Keluarga restu hubungan


"Biar betul?!" demikian reaksi netizen apabila mendapat tahu ada satu pasangan gay yang dilaporkan berkahwin di Malaysia, di mana perkahwinan sesama jenis adalah dilarang di negara ini yang menentang hubungan sejenis atau Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). 

Lapor portal World of Buzz (WOB), Ivan Seng Hui, 28, dan Winson Khor, 26, baru-baru ini memuat naik video wedding proposal di Facebook pada 3 November lalu, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Kedua-dua lelaki yang berasal dari Tawau, Sabah, difahamkan telah 'bersama' lebih dari tiga tahun dan Ivan akhirnya mengambil keputusan untuk melamar Winson di Kuala Lumpur.


Memetik dari laporan Sin Chew, Ivan berkata, dia mengambil masa lebih kurang sebulan untuk menyiapkan persediaan membuat lamaran itu tanpa pengetahuan Winson yang ketika itu berada di luar negara atas urusan kerja. 

Ivan mengambil peluang itu dan meminta bantuan dari rakan-rakannya untuk menjaga rancangannya itu. 

Dalam video berdurasi 8 minit itu menunjukkan Winson terkejut dan turut dipaparkan gambar/video kenangan manis mereka berdua sehinggalah Ivan muncul dan membuatkan Winson menitis air mata.





Ivan kemudian menghulur sejambak bunga ros merah sebelum melutut dan melamar pasangannya itu dengan sebentuk cincin, dan Winson menerima lamaran Ivan. 

Difahamkan, pasangan ini juga memilik sebuah kedai menjual bubble tea Taiwan yang dikenali sebagai Ding Tea di Tawau, Sabah. 

Pada awalnya, Winson berkata dia bimbang dan takut akan reaksi netizen yang memikir hubungan sejenis mereka. Jadi dia merahsiakan perhubungan mereka. 

Selepas beberapa ketika, dia akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari persembunyian kerana dia merasa hubungan mereka tidak patut disorok. 



Ivan & Winson // Wedding Proposal // 03.11.2017 from RED STUDIO on Vimeo.

Ivan yang pernah bercerai sebelum ini berkata, selepas bertemu dengan Winson, kehidupannya berubah dan dia menjadi manusia yang lebih baik. 

Buat masa ini, pasangan itu belum membuat keputusan untuk mendaftar perkahwinan mereka di negara mana, namun mereka bersyukur perhubungan mereka direstui keluarga dan rakan-rakan. 

NETIZEN DESAK PIHAK BERKUASA AMBIL TINDAKAN

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa terkejut dan memberi komen-komen negatif terhadap pasangan gay berkenaan. 

"Saya sekeras-kerasnya menolak perkahwinan sebegini. Walaupun saya tidak mampu mengubah apa-apa, tetapi saya tidak menyokong sama sekali. Gejala LGBT perlu dibanteras kerana ia merosakkan anak bangsa," kata Budi. 

"Sayang sekali, rupa paras ada tetapi.. Bila ditegur, ada golongan LGBT mahupun yang manusia yang normal menentang. Siap kita dimaki hamun lagi dan kata kita menyibuk. Hanya mampu mendoakan mereka kembali kepada fitrah," kata Ema. 

"Semoga mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu salah dan menghina ciptaan Tuhan. Sebab Tuhan sediakan wanita untuk lelaki dikahwini, bukannya kahwin dengan sesama jenis. Bertaubatlah sebelum terlambat kerana masih ada kesempatan untuk berbuat demikian," kata Maria. 

"Pihak berkuasa patut mengambil tindakan terhadap pasangan gay ini yang jelas sekali bukan budaya Malaysia. Tak kiralah baru 'bertunang' ke, belum kahwin ke, tetapi hubungan sejenis seperti ini patut dibanteras!!" kata Stanley. 

MALAYSIA MENENTANG BUDAYA LGBT

Di Malaysia, kerajaan dan pihak berkuasa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin masih waras, menolak budaya LGBT yang jelas di luar tabii manusia dan melanggar ajaran agama.

Gejala dan kegiatan LGBT semakin meningkat terutama dalam golongan belia dan remaja di peringkat sekolah mahupun IPT khususnya.

Oleh itu semua pihak harus bertungkus lumus dan berganding bahu bagi membanteras gejala ini daripada terus berleluasa.

Ibu bapa juga dinasihatkan untuk mengambil tahu simptom gay atau lesbian bagi mengelakkan anak-anak daripada terjerumus ke dalam gejala yang tidak sihat ini.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment