IKLAN

"Ini model kunyit ke?" - Kempen ini teruk dikecam netizen!


Jikalau anda perasan, keterbukaan terhadap isu transgender dan golongan ‘kunyit’ sejak akhir-akhir ini makin menjadi-jadi. Belang golongan ini juga makin tersingkap apabila ada beberapa ‘pihak’ tanpa segan silu menunjukkan sokongan terhadap mereka.

Isu ini bertambah hangat dengan tular beberapa gambar di media sosial akan dua lelaki dilihat bermesraan bersama seorang bayi, lapor mStar.


Ada di antara gambar itu memperlihatkan ‘pasangan’ tersebut memakai baju Melayu berwarna putih dan ada pula gambar mereka tampak segak dengan pakaian bercorak batik.

Namun yang menarik perhatian netizen ialah gambar dua lelaki bertubuh sasa itu bergaya tanpa baju sambil mendukung bayi berkenaan. Terdapat juga gambar dengan keterangan meragukan iaitu ‘I Love Daddy’ yang merujuk dua model lelaki itu sebagai ayah kepada bayi tersebut. Ehem!

Gambar itu telah menimbulkan persoalan kepada pengguna media sosial sehingga ada yang memberi komen,

Nak tanya mana satu ayah, mana satu mak ni? Saya keliru.”

Ramai netizen keliru ek?

Malah ada yang mengatakan gambar-gambar model yang menggayakan koleksi pakaian dari seorang pereka fesyen tempatan itu kelihatan seperti menyokong kempen perkahwinan sejenis.



Walau bagaimanapun, pemilik kepada koleksi pakaian Eddymohaiz dilihat tidak cepat melatah. Rohaidi Hashim, 34, berkata, semua foto yang dimuat naik itu sebenarnya sebagai salah satu langkah penjenamaan semula perniagaannya yang diusahakan sejak lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Rohaidi juga mengaku yang ia sengaja ditularkan sebagai satu strategi pemasaran.


“Koleksi pakaian saya sebelum ini lebih terkenal dalam kalangan anak-anak muda. Tapi lama-kelamaan lelaki yang sudah bergelar bapa dan berkeluarga turut berminat. “Ada bapa dan anak beli baju ni, ada juga yang belikan sebagai hadiah untuk anak atau ayah mereka. Sebab tu konsep penggambaran ini ada lelaki dewasa dan kanak-kanak,” katanya.


Dia juga mengakui penggunaan model yang bergaya tanpa baju ini sebagai satu gimik untuk menarik lebih ramai perhatian akan koleksi seluar yang diperagakan dua model tersebut.


“Sekarang ni semua nak lihat yang cantik. Jadi, saya guna model yang berpenampilan menarik termasuk yang berbadan sado (sasa),” tambahnya lagi. Oh begitu rupanya!



Sungguhpun begitu, pemilik jenama Eddymohaiz ini tidak kisah akan kecaman yang dilemparkan netizen terhadapnya. Terpulanglah kepada masing-masing untuk menerima konsep yang diketengahkannya berkaitan hubungan bapa dan anak.

“Saya bukan menonjolkan gambar model dengan gaya yang keterlaluan seperti pasangan hubungan sejenis.

“Kalau mereka faham konsep saya, ia akan dilihat dari perspektif bahawa koleksi ini sesuai untuk kaum lelaki seisi keluarga, dari kanak-kanak, lelaki muda sehingga kepada golongan bapa,” jelas Rohaidi.

Usahawan tak perlulah guna strategi pemasaran yang sensitif macam ni. Tak pasal-pasal kena kecam dengan netizen. Apa-apapun semoga perniagaan sukses!

via : lobakmerah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment