Ibu Aku Mewariskan Abang Aku Jutaan Ringgit Dan Hanya Mewariskan Aku Sebuah Jaket Buruk. Namun Setelah Aku Lihat Poketnya Itu Ternyata Dalamnya… - maitengoklah!

IKLAN

Ibu Aku Mewariskan Abang Aku Jutaan Ringgit Dan Hanya Mewariskan Aku Sebuah Jaket Buruk. Namun Setelah Aku Lihat Poketnya Itu Ternyata Dalamnya…


Semasa aku lahir dulu nenekku tidak mahu menerimaku kerana aku seorang perempuan. Dia meminta supaya aku diberi kepada orang lain tetapi ibuku tidak sanggup melakukan perkara sedemikian dan tidak berani untuk membantah nenek kerana pada masa itu kehidupan kami sekeluarga sangatlah miskin. Aku juga mempunyai seorang abang.

Kami tinggal di sebuah perkampungan yang kecil. Di kawasan itu sesiapa yang tidak boleh melahirkan seorang lelaki tidak akan diterima oleh keluarganya. Jadi ibuku menghantarku untuk tinggal bersama di rumah ibubapa dia secara sembunyi.

Saat ayahku sudah mempunyai sedikit duit dia berpindah ke sebuah bandar kecil. Pada masa itu nenekku sudah meninggal dunia dan ibuku baru memberanikan diri untuk mejemput aku pulang ke rumah. Waktu itu aku sudah berumur 11 tahun. Abangku sehingga kini tetap membenci padaku dan melemparkan banyak tuduhan kepadaku seperti aku ingin merampas harta ibubapaku.

Tahun lepas ibu tiba-tiba pengsan. Dia dibawa ke hospital dan doktor mendapati ibu menghidap penyakit kanser peringkat akhir dan hanya hidup selama 3 bulan. Apabila aku tahu perkara itu aku berasa seperti jatuh dari bangunan yang tinggi kerana susah untuk aku menerima kenyataan ini.

Ibu selalu menenangkan aku dengan menyatakan dia tetap akan meninggal dunia apabila tua kelak. Ketika mendengar kenyataan itu aku berasa begitu sedih dan bersalah kerana aku rasa seperti tidak cukup untuk membalas jasanya selama ini.

Akhirnya aku memutuskan untuk berhenti kerja dan temankan ibuku di rumah. Saat di rumah ibubapaku itu, abang memfitnah aku kepada orang ramai bahawa aku hanya berpura-pura menjadi baik kerana ingin mengambil kekayaan harta ibubapaku.

Aku tidak dapat menahan perbuatan abang dan bertengkar dengannya. Ayah mendengar tentang perbalahan itu dan meleraikannya. Selepas dari kejadian itu abang tidak pernah pulang ke rumah walaupun semasa ibu meninggal dunia.

Kini ibu sudah meninggal dunia selama 2 bulan. Tiba-tiba ayah menelefon aku untuk pulang ke rumah. Aku hanya terfikir jika terdapat perkara buruk berlaku di situ. Sesampai aku di rumah, ayah mengeluarkan sebuah kotak dan memberitahu hanya barang ini sahajalah peninggalan buat ibu kepadaku manakala abangku diberikan duit sebanyak 30juta.

Aku mengambil kotak itu dan membawa pulang ke pejabat. Di pejabt aku membuka kotak itu dan ternyata terdapat sebuah jaket lama yang paling ibu minati.

Aku keluarkan jaket tersebut dan cuba untuk memakainya. Semasa aku memasukkan tangan ke dalam poket aku menjumpai penyata akaun bank di dalamnya. Dalam penyata itu terdapat 70 juta baki di dalam bank ibu.

Aku terkejut ibu meninggalkan semua ini untuk aku.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment