"Hajah Seksi?" - Netizen Tegur Tudung Neelofa Makin Singkat, Tak Jaga Imej Sebagai Ikon Muslimah - maitengoklah!

IKLAN

"Hajah Seksi?" - Netizen Tegur Tudung Neelofa Makin Singkat, Tak Jaga Imej Sebagai Ikon Muslimah


Inilah payahnya menjadi artis! Setiap gerak geri dan perbuatan mereka bakal menjadi tumpuan kritikan dan kecaman netizen yang mudah membuat kesimpulan. Mahu tak mahu, artis kenalah hadap juga kerana diri mereka adalah hak milik peminat. Sabar je lah!

Terbaru malam semalam, majalah InTrend telah menganjurkan Malam Gala InTrend 2017 yang bertempat di Aloft Kuala Lumpur. Majlis tersebut diadakan bersempena menyambut ulang tahun majalah tersebut yang ke 12 tahun bertapak di industri, lapor Beautifulnara.



Dalam banyak-banyak artis yang hadir di malam gala itu, Neelofa antara penampilan artis yang menjadi perbualan hangat netizen. Ops, kenapa?
Hadir dengan busana elegan bertemakan neon dan zodiak, pengasas kepada perniagaan hijab Naelofar ini telah dikecam kerana pakaiannya dianggap terlalu seksi hingga menonjolkan bahagian dada dengan agak keterlaluan. Tak sesuai pulak dengan status hajahnya sekarang kan?




Antara kutukan yang dilemparkan netizen buatnya ialah penampilan Neelofa tidak sesuai sebagai seorang muslimah, malah ada juga yang sempat membandingkannya dengan penampilan terkini Fazura yang sopan bertudung selepas pulang daripada umrah. Uish tajam betul mulut netizen ni!



Walau bagaimanapun, masih ada peminat setia Neelofa yang membidas kutukan netizen yang dianggap melampau dan kurang berlapik mengikut ajaran Islam.



Walau apapun, tiada sesiapa yang mampu menyangkal kecantikan Neelofa pada malam tersebut. Pelakon dan usahawan berjaya ini telah menggondol tiga anugerah iaitu Anugerah Selebriti Paling Menawan, Anugerah Suri Teladan Inspirasi dan anugerah khas iaitu Anugerah Adi Teladan. Hebatkan?




Ini bukanlah kali pertama Neelofa pernah menerima kecaman seperti itu. Terdahulu dia pernah dikritik oleh kerana penampilan beraninya di Itali hingga menampakkan aurat di kaki.

Apa-apapun diharap Lofa take note teguran yang diberikan netizen. Kadang-kadang netizen mengutuk atau mengecam ni kerana mereka sayangkan kita. Walau apapun yang Lofa pakai, dia tetap nampak classy!

source:lobakmerah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment