IKLAN

Gadis terkejut digigit binatang misteri hingga berdarah sewaktu tidur


Pasti ada yang pernah mengalami kejadian apabila sedar dari tidur anggota badan, tangan, atau kaki berdarah seperti digigit binatang? Tidak dapat dipastikan binatang misteri apa yang menggigit, hanya sedar melihat keadaan tangan berdarah.

Seorang gadis yang dikenali sebagai Sya Aisyahra terkejut apabila terjaga dari tidur melihat jarinya berdarah seperti digigit binatang. Gadis itu yang agak terkejut dengan kejadian itu segera memaklumkan pada ibunya.

Ibunya mengatakan bahaya jarinya itu telah digigit tikus. Kejadian itu sangat mengejutkan Sya kerana selama ini tidak pernah mengalami digigit binatang itu sehingga berdarah. Sya telah pun mendapatkan rawatan dengan segera dan mengambil suntikan tetanus di hospital.

“Allahu pesan kaksya untuk semua hati-hati lah dengan keselamatan kita walau dalam rumah, dalam bilik atau sedang tidur. Kadang benda nak jadi kita tak sangka-sangka kan. Dengar macam lawak tapi ni lah yang jadi pada kaksya semalam. Jari digigit tikus Bukan main-main sayang oi tengok la darah banyak mana. Ya Allah,”

“Jangan anggap orang tak cuci tangan je lah yang kena la apa tau, benda nak jadi padahal cuci tangan semua kemas pun datang jugak tikus sesat-sesat terus gigit. Siapa pernah alami ja memahami. Hari ni hari orang jangan padam muka, takut esok kena batang hidung.” tulisnya.

Sebagai langkah keselamatan jika terkena gigitan binatang misteri segera dapatkan rawatan di hospital. Pihak hospital dapat memantau dan memberikan rawatan yang selanjutnya.

Gigitan tikus pada tubuh badan manusia sebenarnya boleh memberi ancaman bahaya kerana menyebabkan beberapa jenis penyakit. Air liur tikus itu sangat berbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment