IKLAN

Gadis Ini Kongsi Tips Bagaimana Beli Rumah Pada Usia 24 Tahun



Seorang gadis yang dikenali dengan tweethandle @Cek_Ifa di twitter berkongsikan tips untuk membeli rumah pada usia 24 tahun.

Ya semua orang ingin memiliki rumah sendiri, mungkin tips yang diberikan oleh gadis ini boleh dijadikan panduan kepada anda. Di bawah adalah ringkasan daripada thread yang dikongsikan oleh @Cek_Ifa


1. Simpan duit business part time di dalam bank walaupun 200 atau 300. Biar nampak transaction duit keluar masuk. Kalau nak ambik duit pun boleh tapi jangan sampai habis. Tinggalkan sedikit di dalam bank. Lagi bagus kalau ada account ban current/business sebab bank akan tengok walaupun business kecil.

2. Duit simpanan setiap bulan penting, even RM50 pun bank kira sebagai income bulan tersebut.

3. Sesetengah bank akan kira loan ASB sekali sebagai income and ada sesetengah ambil kira sebagai expenses.

4. Kena cari rumah yang mana developer tanggung kos lawyer dan segala kos unuk beli rumah. Memang kita akan kata semua itu masuk dalam harga rumah tapi kalau dikira balik sama sahaja dengan kos yang akan kita keluarkan nanti. Dalam kes gadis ini, semua kos developer yang tanggung termasuk lawyer dan dapat rebate 10% dari developer. Dan beliau hanya bayar 1% sahaja dari nilai downpayment disebabkan rebate yang dapat.

5. Masa yang sesuai beli rumah adalah sebelum 2 tahun rumah tu nak siap. Lepas pecah tanah dah boleh mula beli. Masa tu adalah masa yang paling murah untuk beli rumah.

6. Last sekali tips yang dikongsi adalah kena kuatkan azam dan perlu ada target untuk beli rumah pada umur berapa. Sebab kalau tak ada target, susah kita nak plan untuk saving dan sebagainya.

Dari yang dikongsikan, ada yang pertikai kenapa bank senang lepas loan. Jawapan gadis ini adalah beli menggunakan loan dari Affin Bank yang beliau claim senang dan mudah untuk berurusan.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment