IKLAN

"Gadis bertudung selamba peluk dan cium anjing!"


AWAL tahun ini, media sosial pernah dikejutkan dengan kisah seorang gadis Muslim bangga bercerita pengalaman dirinya memelihara seekor anjing yang dikenali sebagai Bubu.

Tindakan wanita itu yang jelas merendahkan hukum Islam mengakibatkan dia dikecam teruk sehingga ada yang melabelkan sebagai seorang yang mengangkat fahaman liberal.

Malah, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri tampil mengingatkan wanita itu agar segera bertaubat daripada meneruskan perbuatannya itu.

Kini setelah sekian lama isu tersebut menyepi, media sosial kembali kecoh apabila muncul pula ‘orang baru’ yang dikatakan mengikut jejak langkah gadis berkenaan.

Menerusi rakaman video yang kini mencetuskan polemik dalam kalangan netizen, wanita berhijab itu dilihat selamba membelai, memeluk malah mencium seekor anjing.

Tambah memburukkan keadaan lagi, wanita tersebut dilihat seakan begitu bangga melakukan aksi tersebut di tempat umum.

Tidak pasti siapa yang merakam, namun wanita tersebut tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah.

Susulan video tersebut, rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa kejadian tersebut mungkin tidak berlaku di dalam negara berdasarkan pemerhatian latar belakang restoran di luar negara.

“Baik kau pegang babi terus, bodoh bukak je lah tudung,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun ada netizen yang beranggapan wanita tersebut merupakan seorang non-muslim dan meminta tidak membuat sebarang spekulasi.

Namun sehingga kini, identiti wanita tersebut belum dapat dikenal pasti. Jika ianya benar kejadian berlaku di Malaysia diharapkan pihak berwajib tampil mengambil tindakan yang segera.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment