IKLAN

"Dobi Muslim Salah, Kolam Renang Non Muslim Boleh Pula? - Hotel Anti-Islam Di Kuantan Teruk Dikecam!


Sebelum ini netizen bukan Muslim kecoh isu kontroversi kedai dobi ‘mesra Muslim’ di Muar sehingga tular dan diarahkan tutup oleh Sultan Johor sendiri jika masih degil beroperasi.

Kes itu dapat perhatian umat Islam yang simpati dengan pengusaha premis tersebut waima ia jelas tidak menyalahi peraturan pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ia turut terima sokongan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meskipun seorang pendakwah terkenal, Ustaz Zamihan Mat Zin ditahan polis di bawah Akta Hasutan kerana kritik pandangan Sultan Johor itu.

Begitulah kuat pengaruh golongan bukan Muslim di negara ini meskipun yang jadi penduduk majoriti ialah orang Islam apabila peliknya terpaksa pula mengalah bertolak ansur demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk.

Walhal amalan itu bukan asing di Malaysia kerana premis pertaruhan nombor judi dan kedai jualan minuman keras pun larang pelanggan Muslim untuk masuk berurusan serta tidak pernah menjadi bahan polemik sejak sekian lama.

Malahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menyifatkan isu kedai itu bukan besar pun berbanding tindakan segelintir majikan bukan Islam sengaja diskriminasi pekerja Muslim termasuk dalam soal ibadah fardu.


Terbaharu, sebuah hotel terkenal di Kuantan, Pahang mencetuskan kemarahan umat Islam apabila bertindak biadab melarang wanita Muslimah yang berhijab untuk menggunakan kemudahan kolam renang di premis berkenaan.

Isu ini didedahkan portal Menara.my yang memetik kekesalan Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar menerusi akaun Facebooknya.

“Saya menyeru pihak berkuasa, Majlis Raja-Raja, pihak perhotelan Malaysia memandang serius perkara ini dan memastikan tiada hotel lain bebas memaparkan papan tanda bersimbol yang mengelirukan sebegini,” rayu beliau.

Mengulas isu larangan pemakaian burkini untuk Muslimah berenang di kolam renang hotel itu, Rafidah Hanim menzahirkan kebimbangan kerana ia jelas merupakan diskriminasi terhadap wanita Islam untuk menutup aurat.

“Papan tanda ini adalah satu bentuk diskriminasi kepada Muslimah mengggunakan kemudahan kolam renang. Larangan ini juga bermakna anak Muslim terhalang mandi di situ kerana ibu mereka tidak dapat memantau efektif.”

Beliau turut bimbang larangan tersebut boleh jejas perpaduan kaum di negara ini kerana simbol digunakan itu ialah tanda spesifik merujuk Muslimah yang bertudung, padahal amalan beragama juga adalah hak asasi setiap manusia.

Untuk rekod, larangan hijab dilaksanakan di beberapa negara Eropah yang sering mendakwa menjunjung prinsip kebebasan bersuara tetapi tidak untuk umat Islam konon atas faktor keselamatan.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment