Disebalik kegembiraan Lan Pet Pet, ada kisah sedih yang tak ramai tahu! - maitengoklah!

IKLAN

Disebalik kegembiraan Lan Pet Pet, ada kisah sedih yang tak ramai tahu!


Baru-baru ini menerusi akaun Instagram-nya, Imam Muda Asyraf ada berkongsi kepada pengikutnya mengapa dia sering meminta pelakon dan juga pelawak, Lan Pet Pet suapay mendoakan yang terbaik untuk dia dan juga keluarganya.

Menurut Imam Muda Asyraf, meskipun ada yang mempertikaikan perbuatannya itu, tetapi dia yakin dan pasti dengan perbuatannya itu kerana terdapat banyak hadith yang menyebut doa seorang individu yang berbakti kepada ibu bapanya dengan baik akan dimakbulkan.

Tapi, apa yang cuba disampaikan oleh Imam Muda Asyraf sebenarnya? Rupanya ada kisah sedih disebalik mengapa Lan membujang terlalu lama sebelum berkahwin dengan adik Rozita Che Wan iaitu Ruby Che Wan pada tahun 2008 lalu.

Imam Muda Asyraf mendedahkan yang Lan sanggup membujang hanya kerana ingin berkhidmat kepada ibunya. Malah, dia menyertai pertandingan ‘Sinaran Passport Kegemilangan’ dulu hanya kerana ingin membantu ibunya.


Malah, jelasnya lagi, kisah Lan dengan ibunya terlalu banyak dan tidak mampu untuk diceritakan. Jadi itu sebab sebenar mengapa Imam Muda Asyraf akan meminta doa dari Lan setiap kali bertemu dengannya. Mulianya hati Lan, sanggup berkorban untuk ibunya, tidak semua anak mahu lakukan seperti apa yang Lan lakukan.

Sikap seperti Lan ini yang perlu jadikan contoh dan diikuti supaya hidup sentiasa dibawah keberkatan dan keredhaan ibu bapanya. Jangan bila sudah besar lupa terus pada pengorbanan dan jasa baik ibu bapa selama membesarkan kita dengan alasan sibuk mencari wang.

Semoga pendedahan dan perkongsian menyentuh hati dari Imam Muda Asyraf itu boleh menjadi manfaat dan panduan kepada semua netizen di Malaysia. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment