"Dah menipu, marah siap cabar mangsa buat laporan polis!" - Wanita ini cerita pengalaman ditipu pakej percutian! - maitengoklah!

IKLAN

"Dah menipu, marah siap cabar mangsa buat laporan polis!" - Wanita ini cerita pengalaman ditipu pakej percutian!


Cuti sekolah semakin hampir dan pastinya ramai ibu bapa yang mungkin sudah merancang percutian bersama anak-anak menggunakan khidmat agen percutian.

Namun, sudahkah anda periksa terlebih dahulu latar belakang syarikat yang menawarkan pakej percutian ini sebelum menggunakan khidmat mereka?

Terbaru, tular di Facebook tentang seorang wanita yang berang kerana dia telah ditipu oleh individu yang menawarkan pakej percutian murah.



Menurut Dija Faizah di Facebook , dia dan beberapa orang yang terlibat dengan pakej percutian tersebut telah ditipu oleh seorang lelaki yang kononnya membuat pakej percutian murah bagi menarik pelanggan untuk mengambil servisnya.




Dija turut memberitahu bahawa lelaki ini telah membuka pakej tersebut setahun lebih awal dengan tujuan untuk memberi masa kepada pelanggan bagi mengumpul duit dan membayar wang yang ditetapkan secara ansuran.

Malangnya, setelah setahun berlalu, pelanggan masih tidak mendapat apa yang dijanjikannya.

Alamak…


Disebabkan hal tersebut, dia bersama pelanggan-pelanggan lain telah cuba meminta penjelasan daripada lelaki berkenaan tetapi yang mereka terima hanyalah alasan bahawa suspek mengaku telah menggunakan duit tersebut untuk tujuan lain.


Biar betul??



Berang dengan apa yang berlaku, mangsa terus membuat laporan polis terhadap lelaki itu setelah duit yang diminta tidak dipulangkan dan mereka telah disekat daripada menghubunginya.

Berdasarkan screenshot perbualan antara mangsa-mangsa dan lelaki tersebut, suspek dengan beraninya telah mencabar mereka untuk menularkan hal ini dan membuat laporan kepada pihak polis.






Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga seakan-akan berlagak dengan menghantar video dirinya sedang mengira wang mangsa dan menyalahkan mereka kerana ‘memberi’ wang tersebut kepadanya.


Amboi berani sangat ni!




Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga seakan-akan berlagak dengan menghantar video dirinya sedang mengira wang mangsa dan menyalahkan mereka kerana ‘memberi’ wang tersebut kepadanya.

Amboi berani sangat ni!

lobakmerah via Dija Faizah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment