”Cikgu, Otak Saya ‘Blank’, Boleh Tak Saya Nak Solat Kejap,” Permintaan Calon SPM Ini Sentuh Hati Gurunya - maitengoklah!

IKLAN

”Cikgu, Otak Saya ‘Blank’, Boleh Tak Saya Nak Solat Kejap,” Permintaan Calon SPM Ini Sentuh Hati Gurunya


Setelah berhempas pulas mengulang kaji pelajaran, masa peperiksaan ini lah tempat segala yang di pelajari dicurahkan. Pelbagai ragam pelajar yang guru-guru boleh lihat ketika mereka ini di dewan peperiksaan.

Ibu bapa hanya mampu mengiringi dengan doa selebihnya atas usaha anak mereka sendiri. Sekarang adalah masa untuk bertawakkal kepada yang maha kuasa agar anak-anak dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan itu.Hanya kepada Allah tempat kita memohon segalanya.

Ikuti perkongsian cikgu Anuar mengenai ragam pelajar yang mengambil SPM 2017 ketika dia menjadi guru yang mengawas peperiksaan tersebut.

Hari ketiga mengawas SPM 2017.. Kertas sejarah kertas 2.. Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari…

Setelah 20 minit masa berlalu.. seorang calon lelaki.. bersongkok.. air muka bersih.. tiba-tiba mengangkat tangan.. meminta kebenaran ke tandas.. saya benarkan smbil mengiringi beliau.. sebelum itu dah perasan yang beliau macam tak keruan.

Kedengaran bunyi air daripada dalam tandas.. calon tadi keluar.. saya lihat wajah serta tangannya basah smbil tangannya memegang stokin dan kasutnya.

“Izinkan saya solat sekejap ye cikgu… saya ‘blank’…” ujarnya meminta kebenaran.

Belum pun sempat saya berkata apa-apa seraya tergamam.. calon itu sudah pun mengangkat takbiratulihram…

Terkedu saya sambil memerhatikan beliau solat.. solat tanpa sejadah tetapi sujud dengan dahi menyentuh lantai simen yang amat naif itu… Allahu Akbar…

Tiba sujud di rakaat terakhir.. agak lama beliau sebegitu..

Selepas memberi salam… beliau mula menangis tersedu-sedu seraya berkata..

“Cikgu… saya ‘blank’… tiba-tiba saya rasa otak saya kosong… ‘Trial’ haritu saya dapat Sejarah A+…”

Tetiba rasa keibuan saya hadir.. tanpa sedar turut sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan memintanya beristighfar serta membaca Al Fatihah.

“Inshaa Allah.. Allah bantu awak.. buat yang terbaik ye..” ujar saya.

Dia angguk dan bangun menuju ke dewan semula… Allahuakbar…

Semoga Allah permudahkan urusanmu duhai anak muda.. perjalanan mu masih jauh.. semoga terus istiqamah mengharapkan Allah sebag penolong dikala kebuntuan.

Pengajaran yang saya dapat daripada beliau.. ALLAH jua lah sebaik-baik penolong.. kita terlalu kerdil.. maka bersujudlah.. mintalah pada Allah.

Terima kasih kerana pengalaman yang cukup bermakna ini duhai anak muda.. Saya share kerana saya rasa tak ramai anak muda sekarang seperti beliau..

11 Tips Dan Petua Menghadapi Peperiksaan

Moga dipermudahkan oleh ALLAH. Bittaufiq wannajah biiznillah..
Be The Best !! Do The Best !! All The Best !!
Sebelas tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :

1.Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2.Tenang dan percayakan diri sendiri
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3.Bersantailah tapi berhati-hati
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.Preview soalan-soalan terlebih dahulu
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5.Jawab soalan secara strategik
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
soalan paling sukar,
yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
mempunyai markah sedikit .

6.Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7.Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8.Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9.Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10.Analisa jawapan anda

11.Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment