IKLAN

Cara Mengubati Selesema Dengan Hanya Menggunakan Bawang Putih


Selesema. Rasanya belum belum pernah ada lagi manusia dimuka bumi ini tidak pernah terkena demam selesema kan. Masalah ini kerap terjadi terutamanya bila kita berada dalam persekitaran yang lembap ataupun pada musim hujan.

Bukan sahaja ia buat kita rasa tidak selesa, malah ia juga menyebabkan pening kepala yang teramat sangat dan juga akan mengganggu aktiviti harian kita.

Selesema ataupun Sinusitis juga dikenali sebagai ‘rhinosinusitis’, iaitu pembengkakkan dari rerongga udara anatomi. Selain daripada udara lembap dan sejuk, sinusitis juga disebabkan oleh jangkitan, alergi atau masalah-masalah imunisasi. Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hari untuk sembuh dengan sendirinya.

Tahukah anda penyakit selesema ini boleh diubati dengan menggunakan bahan semulajadi yang terdapat di dapur rumah sahaja. Salah satunya adalah bawang putih.

Bawang putih mampu menjadi ubat yang paling mujarab walaupun rasanya yang kuat dan tidak sedap. Ternyata bawang putih mampu meredakan pembengkakkan lapisan dalam saluran sinus.

Bahan-bahan yang perlu digunakan adalah;

5 – 6 ulas bawang putih
1 sudu makan jus lemon
1 biji bawang merah
2 – 3 biji lobak merah
2 sudu makan madu

Cara untuk membuatnya pula;

1. Kupas kulit bawang putih dan bawang merah.
2. Potong bawang dan lobak menjadi potongan kecil.
3. Rebus ketiga bahan dalam periuk selama lima belas menit
4. Setelah 15 minit, tapis air rebusan tersebut.
5. Tambahkan jus lemon dan madu ke dalamnya dan jus bawang siap diminum.

Jika anda mengalami masalah selesema yang teruk, sebaiknya segera pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan daripada pakar. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment