Bukan sebab lebih kilometer, tetapi ini punca aku isi minyak di BHP sahaja - maitengoklah!

IKLAN

Bukan sebab lebih kilometer, tetapi ini punca aku isi minyak di BHP sahaja


Pastinya ramai di antara kita yang sudah mempunyai stesen minyak kegemaran mereka. Rata-ratanya, memilih stesen Petronas dan Shell sebagai stesen minyak pilihan mereka. Jarang sekali kita mendengar ada orang yang mengisi minyak di stesen-stesen minyak seperti Caltex dan BHP apatah lagi mahu menjadikan kedua-dua stesen ini sebagai pilihan utama mereka.

Tetapi bagi lelaki ini, setiap ringgit yang dibelanjakan di stesen minyak BHP lebih berbaloi berbanding di stesen-stesen lain di Malaysia. Bukannya sebab lebih kilometer, sebaliknya lelaki ini kongsi sebab-sebab mengapa beliau memilih BHP sebagai stesen minyak pilihannya.

Aku suka isi minyak kat BHP, terutama BHP di kampung aku, Tanjong Karang bila balik sini.

Kau sembanglah minyak mana yang lebih jimat, lebih laju, minyak mana yang boleh buat Honda EX5 wheelie sagat ekor belakang, minyak mana yang boleh buat Proton Juara bertukar menjadi Range Rover Vogue 5.0 V8 Supercharged Autobiography.

Baik Shell ke, Petronas ke, Caltex ke apa ke, aku yang tak berada dalam bidang minyak dan gas ni tak tahu.

Malah, aku tak kisah pun.

Bagi aku semua gas dan minyak di mana-mana stesen minyak ni kualitinya sama tapi tak dinafikan BHP antara jenama minyak dan gas yang berkualiti dikalangan yang terbaik.

Kalau ada beza sekalipun, kurang lebih sikit je.
BHP adalah satu-satunya stesen minyak yang beri tisu dan air mineral sebagai Free Gift.



Zaman sekarang bukan senang nak dapat benda free.

Kalau kat BHP kampung aku, siap ada orang yang tolong isikan minyak untuk kau lagi, so kau tak perlu keluar dari kereta atau turun dari motor.

Bagaimana BHP boleh menarik perhatian aku sebagai salah seorang pelanggan yang setia mencari dan menggunakan produk serta kemudahan mereka?

– Unique Value Proposition (UVP)
– Unique Selling Point (USP)
– Call To Action (CTA)
– Service

Zaman sekarang, terlalu banyak lambakan produk yang sama dan lebih kurang.
Pusing-pusing fungsinya lebih kurang sama.

So kau kena cari Nilai Tambahan pada servis dan produk kau, untuk pelanggan tidak berfikir panjang kenapa perlu cari yang lain.

Kau rasa pelanggan ada masa untuk sakit kepala?

Sumber : Mizan Dzai
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment