Bayu & Jennifer Pasangan Viral Tak Sepadan Dah Ada Anak. Tapi...Tetap Comel - maitengoklah!

IKLAN

Bayu & Jennifer Pasangan Viral Tak Sepadan Dah Ada Anak. Tapi...Tetap Comel


Ingat lagi tak wanita mat salleh yang sanggup mengahwini lelaki Indonesia yang viral dulu? Walau pun tak sepadan namun ramai yang melihat inilah tanda cinta sejati. Perkahwinan yang bukan berdasar harta dan paras rupa.

Berkahwin pada tahun 2015, pasangan Bayu Kumbara dan Jennifer Brocklehrust sudah pun dikurniakan cahaya mata pada Oktober 2016.



Memiliki rambut dan mata yang hitam, Olivia Azzahra mempunyai wajah mirip ibunya. Sudah berusia 10 bulan, fotonya dimuat naik oleh ibunya dalam akaun instagramnya @jennifer_kumbara.

Menariknya Jennifer dan bayinya langsung tak kekok menjalani kehidupan di kampung.



Sebelum ini gambar perkahwinan pasangan ini tular di media sosial termasuk di Malaysia bila Bayu jejaka lulusan Universiti Andalas, Padang ini berjaya memikat hati wanita dari Britain.

Jennifer melancong ke Padang dan Bayu menjadi pemandu pelancongnya. Dia terpikat dengan keramahan Bayu hingga akhirnya bercinta dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

Bayu menurut Jennifer nya mempunyai hati yang baik dan dia selesa bersama dengan lelaki itu hingga sanggup berkahwin dengannya.

Sumber: instagram @Jennifer_Kumbara
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment