IKLAN

Austria’s Next Top Model Suruh Peserta Bogel!


Program televisyen Austria’s Next Top Model telah dikecam ramai selepas peserta pertandingan itu diberikan tugas mencabar, iaitu mereka perlu berbogel di depan kamera.

Peserta perlu berposing telanjang bersama-sama model lelaki dengan masa yang diberikan ialah 15 minit.

Seramai lapan peserta finalis dirakamkan gambar bogel itu oleh jurugambar terkenal, Katrin Schöning.

Bagaimanapun seorang peserta, Thersea Steinkellner, 21, menangis selepas disuruh untuk berbogel.

Manakala seorang lagi model, Sanda Gutic, 23, terpaksa dipujuk selepas tamat penggambaran.

Ia menyebabkan program realiti itu menerima kecaman ramai dengan model berkenaan diselar sebagai bodoh kerana sanggup berbogel semata-mata untuk menjadi popular.

“Sangat sedih melihat wanita muda ini yang sanggup melakukan apa sahaja. Sangat menjijikkan…. menyuruh model ini melakukan perkara ini. Memiliki badan yang cantik tapi terpaksa berbogel.

“Lima tahun akan datang, mereka akan menangis mengenangkan bagaimana lelaki ambil kesempatan dengan mempergunakan badan mereka, bodoh!’’ itu antara kecaman yang diterima di media sosial.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment