Akibat bawak anak ke sephora, tester make-up berharga RM4000 musnah! - maitengoklah!

IKLAN

Akibat bawak anak ke sephora, tester make-up berharga RM4000 musnah!


Kebiasaannya, kaum wanita yang berminat dengan alat solek, pastinya akan menjejakkan kaki ke kedai alat solek dan sebelum membeli, kita mesti akan mencari tester dulu untuk dicuba. Baru-baru ini tular di Facebook gambar tester alat solek di Sephora yang berada di Georgia, US musnah dirosakkan oleh seorang budak kecil.

Melalui entri Facebook daripada seorang wanita, dia menyatakan perasaan terkejut sehingga hendak pengsan, apabila ternampak tester alat solek di Sephora rosak akibat daripada perbuatan seorang budak kecil. Dia juga turut menyatakan alat solek tersebut bernilai 1,300 dollar Amerika yang berharga kira-kira RM4,000.

Banyak tu!




Selain itu, wanita itu turut menasihati ibu-ibu lain untuk tidak membawa anak kecil mereka ke kedai alat solek kerana bimbang hal seperti ini berlaku. Dia juga turut memberitahu bahawa dia akan menyuruh anaknya meletakkan tangan di dalam poket dan hanya berada di kedai menjual alat solek selama 10 minit sahaja.

Menurut wanita itu lagi, walaupun dia tidak menyaksikan kejadian itu sendiri, dia dapat mengagak itu adalah perbuatan budak kecil kerana terserempak dengan ibu dan anak yang bergegas keluar dari kedai itu semasa dia dan kawannya melangkah masuk ke situ.

Oh, nak lari la tu kot.

Melihat kejadian itu, dia memberitahu kepada pekerja Sephora dan mereka juga turut terkejut lalu hanya membersihkan serta menggantikan semua alat solek yang telah rosak. Netizen yang melihat gambar tersebut bersetuju itu adalah angkara budak kecil. Mereka juga turut kecam ibu budak kecil tersebut yang dianggap tidak menjaga anak mereka.

Namun, terdapat juga netizen yang menganggap entri berkenaan adalah sengaja untuk memalukan kaum ibu. Salah seorang netizen marah dan mengatakan bukan senang untuk kaum ibu meninggalkan anak mereka di rumah.

Bukan itu sahaja, seorang netizen tidak bersetuju ia adalah angkara budak kecil kerana tester alat solek tersebut diletakkan di bahagian tinggi dan kanak-kanak tidak mungkin dapat mencapainya.

Budak kecil mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Jadi ibu bapa perlulah sentiasa awasi anak mereka takut-takut perkara begini terjadi.

Extraordinary Life Makeup Artistry via : lobakmerah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment