‘Abang pegang baik-baik iPhone 8 tu, baru beli' - Photographer terkejut tetamu majlis kata begitu dan jawapan balasnya WIN! - maitengoklah!

IKLAN

‘Abang pegang baik-baik iPhone 8 tu, baru beli' - Photographer terkejut tetamu majlis kata begitu dan jawapan balasnya WIN!


Setiap kali hadir ke kenduri perkahwinan, antara perkara yang wajib dilakukan selain makan adalah bergambar bersama pengantin ketika di atas pelamin bagi tujuan kenang-kenangan.

Meskipun terdapat jurugambar bertugas di hari persandingan, tetapi kebiasaannya, ramai yang akan menggunakan telefon pintar mereka untuk mengambil gambar bersama-sama dengan pengantin ini dengan meminta jurugambar itu mengambil gambar mereka ini.

Namun ada kalanya, tanpa disedari, sikap sesetengah tetamu yang tidak berbahasa ketika meminta bantuan jurugambar boleh mengguris hati mereka. 

Berikut adalah luahan seorang jurugambar yang dikenali sebagai Abang JJ di Facebook beliau:

Saya rasa semua jurugambar merasai apa yang abang rasa. Apabila kita ambik gambar family.kenkawan dlm satu2 majlis perkahwinan.dll . Kita akan menghadapi delima yg mana penyakit ini tak boleh dibendung langsung…Iaitu kamera HP yg mana Photographer jadi sasaran untuk buat kerja yg tidak ada dalam kontrak.



Hari ini kesabaran Abg teruji apabila ada seorng yg suruh Abg shoot gambar dia bersama pengantin….dia kata I.phone 8…dia ni mahal baru beli katanya.. 
pegang baik yer!!…Lalu secara sopontan Abgjj jawab…maaf dek Abg tak boleh lepaskan genggaman kamera ini… yg Abg pegang seerat2nya kamera ini satu set ini harganya 31.500 ringgit

Abg tak boleh pegang sebelah tangan..takut2 jatuh nanti…kau suruh budak yg itu ambik gambar kau…lalu terkedu dia..




Kalau nak suruh orng shoot dgn HP berbudi bahasalah ..tak payah cerita kamera kau I phone 8 mahal ni pegang baik2.yer..pui…kadang2 kita kene ajar juga orng yg sebegini.jadi harapan Abgjj pada semua Photographer sama2lah kita hadapinya dgn bijaksana…sekian cebisan rasa Jurugambar lama….

Sumber : Abang JJ
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment