IKLAN

"Wow Mantap, I Like!!" - Lelaki sado berseluar dalam 'diserang' geng kunyit


Akhir-akhir ini, semakin ramai golongan yang dikatakan lelaki Melayu yang dikesan turut terjebak menjadi pengamal homoseksual biarpun mereka mengetahui seks songsang adalah perbuatan terkutuk dan jijik, yang telah ditegah agama Islam dan juga mempunyai risiko tinggi terkena jangkitan virus yang amat ditakuti iaitu HIV.


Penularan hubungan luar tabii ini dilihat menjadi semakin serius dan berleluasa dengan wujudnya berbagai jenis group yang dipercayai komuniti LGBT di laman sosial. Jika sebelum ini golongan gay yang turut dikenali sebagai geng kunyit dikatakan berkomunikasi sesama mereka secara rahsia.

Tetapi kini, semua itu tiada lagi kerana mereka dikatakan semakin berani menonjolkan diri secara terbuka di media sosial tanpa segan silu.

Beberapa hari lalu, seorang lelaki yang berbadan sado telah memuat naik sekeping gambar dirinya dalam sebuah group komuniti di laman Facebook. Selepas gambar dirinya yang hanya memakai seluar dalam sambil berbaring di pantai itu dimuat naik, gambar tersebut dikatakan telah menjadi tumpuan ramai geng kunyit yang kegersangan.







Rata-rata di antara mereka yang memberikan komen adalah mereka yang terdiri daripada golongan lelaki. Lebih mengejutkan lagi, mereka bukah sahaja dari kalangan lelaki muda tetapi turut diminati oleh lelaki yang sudah berusia malah turut meluahkan rasa terangsang menerusi komen selepas melihat gambar berkenaan.

Perkara tersebut amat membimbangkan hidup di ‘akhir zaman’ ini kerana komuniti gay atau geng kunyit dikatakan semakin ramai serta turut sukar untuk dikenal pasti melalui perwatakan mereka yang menyebabkan ramai yang tidak tahu siapakah mereka yang sebenarnya di antara kita semua.

Jangan terkejut sekiranya anda mendapati lelaki yang telah berkahwin juga turut berada dalam golongan ini yang meminati kaum sejenis serta mengamalkan gaya hidup sebegini sehingga tidak diketahui oleh isteri.

Anda disarankan membuat pemantauan akaun media sosial ahli keluarga anda, suami anda dan teman lelaki anda. Jika anda mendapati mereka sering komen atau like gambar lelaki seksi, segeralah berbuat sesuatu agar perkara tersebut tidak berlanjutan menjadi semakin parah sehingga anda menyesal di kemudian hari.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment