IKLAN

Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba



BEKAS juruhebah ERA FM dan Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi.

Nadira atau nama sebenarnya Khidirah Naimah Mohd Zain, 41, dimasukkan ke hospital berkenaan Isnin lalu sebelum disahkan menghidap demam denggi.

Suaminya, Hasrul Rizal Hassan berkata, isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisinya dan keluarga.

“Isteri meninggal dunia kerana demam denggi berpanjangan. Arwah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di sisi saya dan keluarga.

“Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang sekitar 12 tengah hari tadi,” katanya kepada HMetro.

Sebelum dimasukkan ke hospital, Nadira berada di Kota Bharu bagi sesi bertemu peminat bersama THR Gegar di sana dan demam namun meneruskan program itu.

Sebaik pulang ke ibu kota, suaminya terus membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dimasukkan ke ICU, HKL.

Nadira antara penyampai awal di Era FM (1998) semasa saluran radio berkenaan baru saja enam bulan beroperasi.

Bagaimanapun, Nadira menamatkan khidmatnya di EraFM selepas sembilan tahun bersama apabila ditawarkan menggalas tugas sebagai Eksekutif Muzik di THR Gegar pada 2008.
Arwah meninggalkan suami, Hasrul dan lima anak.



Sementara itu, para peminat, ahli keluarga dan bekas rakan sekerja turut berkongsikan perasaan hiba mereka atas pemergian Nadira.

Lebih mengarukan, Akaun Facebook THR Gegar turut memuat naik entri yang menunjukkan anak bongsu Nadira iaitu Hasrul Rayyan Naim,5, menangis kesedihan.

Mungkin untuk memujuk si kecil yang masih dahagakan kasih sayang seorang ibu dalam usia yang begitu muda, Shah kelihatan mendukung kanak-kanak itu untuk melihat jenazah arwah ibunya.

Netizen turut terkesan dengan gambar itu, dengan majoritinya mengekspresikan perasaan hiba mereka melihat Rayyan menangis.

Kami turut bersimpati atas pemergian Nadira yan terkenal dengan celotehnya yang bersahaja dan ‘sempoi’. Al-Fatihah buat keluarga Allahyarhamah.

mynewshub
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment