IKLAN

"Suami Kantoi Msg Lucah Dengan Pelacur" - Isteri


Seks adalah sebahagian daripada hubungan yang bantu memperbaiki keintiman serta mengukuhkan lagi hubungan suami isteri.  Namun, melakukan hubungan seks dengan orang lain selain dari pasangan di luar adalah satu perbuatan yang terbukti sangat salah.

Malang untuk wanita Singapura ini apabila suaminya memutuskan untuk melanggan perkhidmatan pelacur berbanding meluangkan masa bersama dengannya.

Beberapa hari lepas, wanita itu telah menemui beberapa pertukaran mesej di antara suaminya dengan seorang pelacur.  Mesej dalam bahasa Mandarin itu telah diterjemahkan oleh STOMP,

Suami: Hello, adakah awak mempunyai alamat? Berapa harganya? Kawan saya berikan saya nombor awak mengatakan awak tersangat bagus.

Pelacur: Jenis perkhidmatan yang kami berikan dan harga telah dinyatakan dengan jelas di laman web kami.  Saya akan hantar alamat kepada awak nanti.”

Alamat yang diberikan pelacur itu adalah di Jurong West Street 81 dan sebaik sahaja tiba di tempat itu, lelaki itu diarah untuk menghantar mesej dan bukan menelefon pelacur itu kerana tidak mahu mengejutkan jiran-jirannya.

Mereka malah telah meminta lelaki itu supaya mengambil lif ke satu tingkat diatas atau dibawah tingkat unit mereka, kemudian gunakan tangga pula untuk pergi ke unit mereka.

Isteri malang yang berusia 31 tahun itu telah berkongsi dengan media yang dia telah terperasan sesuatu yang pelik kerana suaminya sering keluar minum dengan kawan-kawannya dan hanya akan pulang pada keesokkan harinya.

Oleh itu, dia memilih untuk memeriksa telefon bimbit suaminya dan mengetahui yang suaminya itu telah menipunya dengan meniduri pelacur di tempat lain.

Selain curang, wanita itu turut mengatakan yang jika suaminya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, kadang-kala dia akan didera suaminya dan sejak beberapa bulan kebelakangan ini mereka juga sering bergaduh dan itu mungkin membawa kepada terjadinya semua itu.

Meskipun telah dilayan dengan sangat teruk dan ditipu, wanita itu langsung tidak terfikir mahu bercerai dengan suaminya malah dia berharap agar suaminya itu akan berubah suatu hari nanti.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment