IKLAN

Shony Kim Model Berbadan Seksi Di Korea Selatan


Jika sebelum ini ramai wanita diluar sana mengimpikan ingin memiliki bentuk badan yang seksi seperti Kim Kardahsian, pasti pemikiran itu akan berubah apabila anda melihat bentuk badan yang dimiliki oleh seorang model dari Korea Selatan ini.

Model yang bernama Shony ini dikatakan mempunyai bentuk badan yang sangat seksi sehingga dia digelarkan sebagai salah seorang model Korea terseksi dan boleh menjadi matlamat ‘body goals’ terbaru kepada setiap wanita.

Selain menjadi seorang model, Shony juga sangat terkenal di media sosial dan mempunyai 141 ribu followers di Istagramnya yang mengunakan nama @kim.shony.


Ramai orang mengatakan yang Shony berjaya mengumpul jumlah pengikut di Instagram seramai itu kerana bentuk badannya dan dia juga sering memuat naik gambar-gambar yang cantik dan menarik.

Kecantikan yang dimiliki oleh model pakaian berjenama Pipishony itu bukan sahaja telah memukau mata netizen tetapi ‘rapper’ terkenal Korea Selatan seperti Kidoh dan bekas teman lelakinya, Reddy juga tidak dapat menolak kecantikan yang dimiliki oleh Shony itu.


Memiliki rupa yang cantik serta bentuk badan yang seksi membuatkan apa sahaja pakaian atau gaya yang dilakukan oleh Shony kelihatan sangat cantik dari hujung rambut sehingga hujung kaki. 

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment