'Dato' bukannya menteri atau orang kenamaan nak guna cermin gelap' - maitengoklah!

IKLAN

'Dato' bukannya menteri atau orang kenamaan nak guna cermin gelap'


Seminggu yang lalu, jutawan kosmetik, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik gambar surat dari pihak polis yang menyatakan permohonannya untuk memasang cermin gelap pada empat kereta persendiriannya tidak disokong setelah dinilai oleh pihak berkenaan.

Sedih dengan perkara itu, Aliff meluahkan rasa kecewanya di Instagramnya. 

"Dah mohon, kena tolak. Tak mohon, kena saman. Kalau tak pakai (cermin gelap), hidup saya tak tenteramlah tuan polis. Tolonglah saya," tulisnya. 

Bagaimanapun, tindakannya itu menimbulkan persoalan netizen yang menganggap permohonannya itu tidak wajar kerana umum tahu perangai Aliff bila memuat naik posting baru sama ada di Facebook atau Instagram. 

"Kenapa pula tak tenteram? Tak ada sapa pun nak buat bukan-bukan kalau tak salah. Sebab itu jangan menunjuk harta itu ini sangat. Takut orang aim Dato. Hati manusia tak tahu, ada yang suka, ada yang tak suka. Dato' kan bukan 'biashe-biashe'. Just saying," kata Chempakaaa88

"Orang kenamaan atau ada masalah kulit sahaja boleh dapatkan pengecualian. Dato' bukan kenamaan sangat pun. Takkan ada masalah kulit? Jutawan kosmetik kan? Tak payah acah-acah sangatlah Dato', even ramai menyampah dengan perangai Dato'. Daras haters tak ada pun sampai nak bunuh Dato'. Tapi diorang tak faham je tu. Dato' kan attention seeker," kata Radzuan Firadzi. 



"Dato' ni selebriti, tunjuklah contoh yang baik sikit, patuh kepada undang-undang. Adalah sebabnya kenapa polis tak luluskan. Dato' ini bukannya menteri pun. Kena saman pun, bayar sajalah. Dato' kan banyak duit," kata Fh_Irfan. 

"Orang lain yang dalam Malaysia, berjuta lagi rasa tak aman duduk dalam kereta. Takut kena samun, tapi tak ada pun memekak. Negara ada undang-undang, ikut. Banyak lagi orang yang pihak berkuasa nak layan. Pasanglah langsir sebagai alternatif. Kalau Dato' lalu sebelah kereta saya pun, saya tak camlah," kata Hairi Melaka. 






Difahamkan, hanya beberapa individu yang mempunyai kepentingan sahaja dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu;

  1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
  1. Sultan
  1. Tengku Mahkota
  1. Raja Muda
  1. Hakim Mahkamah Tinggi
  1. Panglima Tentera Darat
  1. Ketua Polis Negara
  1. Perdana Menteri
  1. Pesakit Kulit yang disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
  1. Individu keselamatan terancam

Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang menasihatkan Aliff kurangkan 'menunjuk-nunjuk' di akaun media sosialnya dan mengamalkan sikap bersederhana dalam apa jua yang dilakukan bagi mengelakkan ada pihak yang tidak puas hati atau menjadi sasaran penjenayah di luar sana. 

"Tak apalah Dato, doa banyak-banyak, minta dilindungi Tuhan kerana itu lebih selamat dari cermin gelap.". 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment