Rakyat Indonesia Berang, Malaysia Curi Tarian Kuda Kepang! - maitengoklah!

IKLAN

Rakyat Indonesia Berang, Malaysia Curi Tarian Kuda Kepang!


Sudah banyak kali timbul perbalahan dengan Indonesia, kali ini netizen negara seberang itu menuduh Malaysia cuba mencuri tarian kuda kepang pula.

Semuanya timbul selepas peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia bergambar dengan kuda kepang.

Menurut Harian Metro, peserta yang dikenali sebagai Sanjeda John itu bergambar dengan memakai pakaian tradisional sambil memegang kuda kepang dalam satu sesi fotografi yang dijalankan baru-baru ini.

Tindakan bergambar dengan kuda kepang atau disebut sebagai kuda lumping di Indonesia itu menimbulkan kemarahan penduduk Indonesia kerana mendakwa ianya adalah budaya asal penduduk Jawa.

Malaysia sekali lagi dituduh cuba untuk mencuri budaya Indonesia.

Bukan itu sahaja, sebelum ini juga Malaysia pernah dituduh mencuri budaya dan makanan negara tersebut termasuk rendang, batik, cendol dan lagu Rasa Sayang.

Sementara itu menurut Jawa Pos, pereka fesyen Indonesia, Rinaldy A Yunardi menggesa kerajaan Indonesia mempatenkan semua budaya dan kesenian milik negara itu.

“Selepas ini apa lagi? Saya harap pemerintah supaya lebih peduli,” katanya.

Sumber – CARI
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment