Pesakit Meninggal Selepas Terlambat Sampai Ke Hospital - Pemandu Kereta Berikan Laluan Kepada Ambulan - maitengoklah!

IKLAN

Pesakit Meninggal Selepas Terlambat Sampai Ke Hospital - Pemandu Kereta Berikan Laluan Kepada Ambulan


Jika anda seorang pemandu yang menggunakan jalan raya pasti anda tahu dan sedar bahawa apabila ambulan yang melalui jalan raya, anda harus memberikan laluan kepadanya kerana mereka dalam kecemasan membawa pesakit. Perkara ini telah pun diterapkan ketika semua pemandu mengambil ujian memandu ketika ingin mendapatkan lesen memandu.

Walau bagaimanapun, masih lagi ada segelintir pemandu yang tidak prihatin dan mementingkan diri sendiri sehingga tidak memberikan laluan kepada ambulan ketika berada di jalan raya yang menyebabkan ambulan sukar untuk sampai ke hospital.

Satu kes terbaru telah berlaku yang membabitkan pengguna jalan raya yang enggan memberikan laluan kepada kenderaan itu yang dalam kecemasan membawa pesakit.

Menurut laporan laman Coconuts, kes tersebut berlaku di Medan, Indonesia pada 9 Oktober lalu kira-kira jam 9 malam waktu tempatan.



Sebuah ambulan dilaporkan dalam kecemasan dan tergesa-gesa untuk ke hospital kerana membawa seorang pesakit. Namun, begitu banyak kenderaan dikatakan sangat mementingkan diri sendiri sehingga enggan berbuat demikian dan tidak langsung memberikan laluan kepada ambulan berkenaan.

Lebih mengejutkan, akibat keterlewatan ambulan tersebut tiba ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk pesakit berkenaan, pesakit tersebut akhirnya dilaporkan telah meninggal dunia.

Menurut laporan, pasukan paramedik telah mengambil pesakit berkenaan dari Rantauprapat dan ketika itu sedang dalam perjalanan ke Hospital Adam Malik. Jarak di antara kedua-dua tempat tersebut hanyalah sejauh 10 kilometer sahaja.

Beberapa gambar yang telah dimuat naik ke media sosial iaitu pasukan pengiring, Indonesians Escorting Ambulance (IEA) mendapat perhatian ramai rakyat negara berkenaan. IEA merupakan pertubuhan NGO yang terdiri daripada orang awam berdedikasi bagi membantu memastikan jalan raya lancar untuk dilalui ambulan yang sedang dalam kecemasan.


Manakala, salah seorang ahli IEA, Steven Willy Andry memaklumkan kepada wartawan bahawa usaha mereka selama 45 minit untuk melancarkan lalu lintas hanyalah sia-sia sahaja.

“Siren sudah dipasang dan telah diinyalakan dari jauh dengak kuat sekali. Namun, kereta-kereta itu semua masih memandu di lorong mereka. Kami pasukan pengiring cuba untuk membuka jalan namun kereta itu semua menghalang laluan.”

Selepas mereka sedar semua pemandu tersebut mementingkan diri sendiri, mereka mengambil keputusan untuk menukar laluan untuk pergi ke hospital lain yang lebih berdekatan. Sebaik sahaja tiba di perkarangan hospital yang terdekat itu, pesakit tersebut bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia.

Mengapa perkara sebegini masih terjadi? Mengapa masih ada yang mementingkan diri sendiri? Tidakkah mereka terfikir sekiranya pesakit yang berada dalam ambulan tersebut adalah diri mereka atau keluarga mereka? Pasti mereka akan geram dan marah sekiranya perkara tersebut berlaku nanti.

via mediamaklumat
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment