IKLAN

Perbuatan Emma Maembong Melampau - Zahira Macwilson


Khabar angin keretakan hubungan cinta Kamal Adli dan Emma Maembong mula menjadi bicara sekali lagi apabila Emma dikatakan terluka dengan sikap Kamal dan turut mengaitkan nama pelakon Zahirah Macwilson apabila ada spekulasi mengatakan wujudnya cinta lokasi antara Kamal dan Zahira ketika sama-sama bergandingan dalam drama Duda Pujaan Dara.


Sudah lama berdiam diri dan menerima pelbagai komen negatif, Zahirah akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu tersebut. Zahirah akui beliau merasa bengang dengan Emma yang seolah-olah memberikan gambaran beliau adalah orang ketiga dalam masalah cinta antaranya dan Kamal.

Memang tidak adil apabila dia menyebut nama saya yang sekali gus meninggalkan persoalan. Apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan saya. Jadi kenapa perlu babitkan saya? Saya terkejut dengan tindakan Emma yang mengeluarkan kenyataan begitu sedangkansebelum ini kami sudah berjumpa untuk menyelesaikan masalah ini.


Saya sudah ada kekasih. Buat apa saya nak rampas Kamal daripada dia? Malah, kekasih saya juga tahu mengenai perkara ini. Apa yang keluar saya anggap melampau kerana mengheret nama saya sekali. Saya perlu jelaskan perkara ini supaya orang berhenti menuduh saya yang bukan-bukan.

Zahirah akui beliau dan Kamal memang akrab ketika menjalani penggambaran bersama tetapi ia tidak terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi. Zahirah juga berpendapat Emma sepatutnya mempercayai kekasihnya itu.


Biasalah, orang perempuan ini akan ada sikap cemburunya kalau kekasih hati kelihatan mesra sedikit bersama wanita lain apatah lagi jika melakonkan aksi romantik bersama wanita lain. Apa-apa pun, betul kata Zahirah, kepercayaan itu penting dalam perhubungan agar tidak selalu timbulnya sengketa.

sumber : beautifulnara
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment