IKLAN

PANAS!! - Yusuf Azmi Dan Ali Salimin Ditahan!


KAJANG – Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi dan Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini bagi membantu siasatan berhubung kes tuduhan menceroboh premis kedai pajak kereta Julai lepas.

Mereka dilihat memasuki perkarangan IPD itu pada 8 pagi tadi.

Difahamkan, mereka hadir di IPD itu bagi menyerah diri sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kajang di sini.

Tinjauan Bernama mendapati seramai kira-kira 10 anggota polis trafik mengawal lalu lintas berikutan pintu masuk IPD itu dipenuhi kira-kira 50 penyokong PPIM.

Pada 10 Julai lepas, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM didakwa memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.

Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit turut membuat laporan polis pada hari sama.


sumber
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment