(PANAS) Boy Iman Direman Semula! - maitengoklah!

IKLAN

(PANAS) Boy Iman Direman Semula!


MAKIN PANAS… Sebanyak 201 laporan diterima pihak polis mengenai kes penipuan perumahan banglo kos rendah dijalankan oleh DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan jumlah laporan telah bertambah daripada hanya 188 yang diterima mereka sebelum ini.

Justeru menurut Harian Metro, perintah tahanan reman Boy Iman telah dikeluarkan semula oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar Nor’ Iza Mohamed hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Aktor kacak era 1990-an berusia 37 tahun itu dilihat dibawa ke pekarangan kompleks mahkamah di Kuala Lumpur dengan tangan bergari dan dipegang erat anggota polis kira-kira 9 pagi Khamis.

Kata Acryl Sani, kes ini masih lagi disiasat dan kesemua mereka akan direman semula pada Khamis, di mana perintah penahanan Boy Iman akan dipohon di Muar, Johor manakala dua lagi suspek di Nilai, Negeri Sembilan.

“Kes masih disiasat. Pihak polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk membantu siasatan,” kata Acryl Sani pada Rabu malam.

Boy Iman juga telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar (IPD) untuk direman bagi siasatan lanjut.

Tiga suspek yang terlibat termasuk Boy Iman telah bebas tahanan reman pada petang Rabu sebelum mereka ditahan semula dan dibawa ke dua negeri yang berasingan untuk siasatan lanjut.

Laporan polis berkaitan kes penipuan itu juga telah diterima daripada seluruh negara.

Sebelum ini, kesemua suspek yang berusia 29 hingga 45 tahun itu telah direman selama dua hari bermula Selasa lalu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu penipuan.

“Dalam tangkapan pertama, JSJK merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, 3 unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen DBI Properties.

“Manakala, dalam tangkapan kedua, kita rampas dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen Juta Kelulut Global Resources,” katanya dipetik mStar Online.



sumber : mStar Online
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment