IKLAN

Nafkah Batin Bukan Hanya ‘Seronok’ Atas Katil


Usahawan, Joy Revfa telah mengadakan sebuah sidang media tergempar susulan pergolakan rumah tangga yang mendapat perhatian ramai.

Dalam majlis tersebut, Joy dilihat hadir bersama kakak dan ibunya bagi menjawab segala persoalan mengenai status perkahwinan beliau dengan penyanyi, Hafiz Hamidun.'


Pengakuan berani mati Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin mengenai kegagalan Hafiz dalam menunaikan tanggungjawab memberi nafkah batin telah mengejutkan pelbagai pihak.

Memang tidak boleh disangkal, apabila sebut sahaja ‘nafkah batin’ rata-rata mesti akan terbayang hubungan suami isteri seronok berasmara di atas ranjang.

Ekoran teruk dihentam kerana dianggap membuka aib suami, Joy kini tampil bersuara memberi pencerahan berhubung perkara itu.

Menerusi akaun Facebook dan Instagram, usahawan ini dilihat memuat naik satu kenyataan tentang penjelasan nafkah batin menurut sisi Agama Islam.

Posting berkenaan bertujuan bagi memberi penjelasan kepada umum mengenai apa yang ingin disampaikan dalam sidang media semalam.


Bagaimanapun, kenyataan tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

NAFKAH BATIN? Apa maksud sebenarnya? . Since ramai sgt yg kecoh ttg tentang NAFKAH BATIN.. Haa ni nak perjelaskan yg cetek sgt ilmu tu. Jangan pikir Nafkah Batin kononnya nak buat anak je. Dia gagal memberi nafkah batin yg saya maksudkan di sidang media tadi tu membawa byk maksud.. (tak perlu saya perjelaskan disini) Jangan fikir Nafkah Batin tu happy2 atas katil je.. 😤Kalau tak tahu sgt maksud tu google atau tanya ustaz2/ustazah2 dulu apa sebenarnya Nafkah Batin yg saya maksudkan. Yg tetap menghukum saya konon membuka aib dia, silakan. Hanya yg follow kes saya dari awal saja tahu siapa yg buka aib siapa terlebih dahulu. Tak perlu saya nk explain satu persatu, org2 bijak pandai je yg tahu berfikir & menilai siapa benar atau siapa salah. Akal pendek je salah anggap maksud sebenar Nafkah Batin tu. 😅 . Bila kita DIAM org duk menghina & mencaci. Bila kita BERSUARA & perjelaskan perkara sebenar org menghukum pulak. Terpulang lah. Bagi saya hanya Allah swt sebaik2 penolong & pelindung..
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on

Di mana rata-rata antara mereka menghentam usahawan itu dengan berpendapat isu seperti itu tidak perlu dihebohkan kepada masyarakat.





via : mynewshub
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment