IKLAN

Model Ini Baru Berumur 26 Tahun, Tetapi Badan Seperti Nenek Tua!


Sara Geurts, 26 seorang model dari Minneapolis yang kini sedang hangat diperkatakan di semua platform media sosial.

Dia bukanlah seorang model yang biasa kita lihat, tetapi dia mempunyai sesuatu yang luar biasa pada dirinya.

Sara mengidap penyakit genetik yang membuatnya terlihat nampak lebih tua daripada usia sebenar . Jelas kedutan di kulitnya.

Apa yang menarik, dirinya adalah salah satu daripada 12 orang di dunia hidup menghidap sindrom yang digelar Ehlers-Danlos Dermatosparaxis (EDS).

Ehlers-Danlos Dermatosparaxis (EDS) atau Dermatosparaxis Ehlers-Danlos sindroma (DED) adalah disebabkan oleh ketidaksempurnaan kolagen dalam kulit.

Sara mula meraih perhatian netizen apabila dia mula berani mengumpulkan keberaniaannya untuk mengirim foto dirinya dan kisah hidupnya pada Love Your Lines, sebuah laman Tumblr yang dibuat khusus untuk wanita yang kecewa dengan cinta.

“Dulu, kulit saya adalah masalah yang paling saya risaukan.

“Tetapi, sekarang saya fikir ia adalah anugerah yang paling indah. Setiap ketidaksempurnaan yang anda miliki adalah kisah yang menceritakan siapa diri anda yang sebenarnya, dan ia menceritakan kisah tentang perjuangan dan perjalanan yang telah anda jalani,” ujarnya ketika ditemu bual. Kini, Sara menjadi model yang dikenali ramai. 

Tambahan dia juga kini menjadi duta kepada EDS yang memberi inspirasi buat wanita yang merasakan rendah diri dengan penampilan sendiri.

Pastinya kisah ini akan memberi inspirasi buat orang ramai. Di sini, MH Online kongsikan beberapa gambarnya yang tampil begitu yakin di hadapan lensa kamera.








Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Media Hiburan
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment