IKLAN

Misteri 'bau busuk' terjawab selepas jiran jumpa "sesuatu"


Seorang lelaki di Mount Kiara merasa pelik apabila selalu hidu bau busuk dari rumah jirannya yang merupakan warga Korea. Dah tak tahan, dia pun panggil bomba dan terkejut bila temui…

MAYAT WARGA KOREA MATI TERGANTUNG

Seorang lelaki dipercayai warga Korea ditemukan tergantung di dalam bilik air rumahnya di Kondominium *** **** ****, Mount Kiara di sini malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tanpa memakai baju dan berseluar pendek.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya telah menerima panggilan kira-kira pukul 11.16 malam oleh orang awam memaklumkan terdapat bau busuk di dalam rumah tersebut.

TERPAKSA UMPIL PINTU

Ujarnya, setibanya di lokasi kira-kira pukul 11.28 malam, pihaknya telah bertindak mengumpil pintu rumah tersebut sebelum menemukan mayat lelaki terbabit tergantung di dalam bilik air rumahnya.

“Setakat ini, kita masih belum membawa turun mayat tersebut kerana masih menunggu pasukan forensik polis tiba ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut,” katanya di sini semalam.

Sumber: UTUSAN ONLINE
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment