IKLAN

MAKSUD DI SEBALIK AYAT “CHOKE ME DADDY” YANG RAMAI ACAH2 TAK TAHU


Aku rasa kena bagitau pasal ni dekat kawan-kawan sebab aku perati ramai sangat duk buat benda ni sekarang. Lepas tu ramai mengikut dan kini ia jadi trend. Puncanya sebab tak ambil tahu dengan ilmu-ilmu duniawi khususnya budaya internet. Lepas tu jenis senang terikut-ikut. Tengok orang buat, dia pun nak buat. Tapi tak tahu kenapa orang buat.

Ini pasal Menteri Belia dan Sukan sekarang iaitu Khairy Jamaludin. Kalau kau perasan, sekarang ni ramai duk panggil beliau sebagai “abah”. Abah ialah satu perkataan yang mulia iaitu panggilan seorang anak kepada bapanya dalam budaya Melayu. Tapi ramai tak tahu punca asal kenapa beliau dipanggil abah.

Kaki pornografi yang menggemari kategori BDSM (bondage, discipline / domination, sadism, masochism) biasa dengan term yang berbunyi “choke me daddy” yang bermaksud “cekik saya abah”.

BDSM ni jenis yang buat seks ganas-ganas tu la. Yang kena ikat, kena sebat, kena rantai, kena gari, etc. Yang macam dalam filem Fifty Shades of Grey tu. Dalam buku panduan tingkahlaku bilazim (DSM-V), BDSM ni sejenis sakit mental jugak. At least DSM-V dalam konteks kita la. Di luar negara, lain cerita.

Orang yang jenis nafsu BDSM ni memang nakkan benda-benda ganas tu semasa berhubungan seks. Minta cekik, mintak sebat, mintak itu ini. Ahh banyak la lagi yang aku kembang tekak nak sebut. Masa deme buat tu la deme cakap “choke me daddy”.

So apa kaitan BDSM dengan menggelarkan KJ sebagai abah ni?

Asalnya KJ post satu gambar beliau di Twitter. Lepas tu ada akaun mana entah respon kepada gambar tu dengan frasa “choke me daddy”. Kita semua maklum dengan penampilan KJ yang maskulin dan hensem. Maka, tidak hairanlah jika ada perempuan yang membayangkan fantasi seksual dengan beliau.


Cuma si KJ ni mungkin agak naif tentang frasa tu lantas tidak mengesyaki apa-apa. Beliau pun tanyalah netizen kenapa ada orang panggil beliau daddy. Tapi budak-budak Twitter ni tak explain the truth. Mereka main-main. Mereka bagitau KJ dipandang sebagai father figure. Sebab tu ada gelarkan beliau daddy. Sepatutnya mereka beritahu apa maksud tersirat di sebalik frasa ‘choke me daddy” tu.


Mungkin sebab tu KJ hingga hari ini masih address diri beliau sebagai abah. Beliau tak tahu. Asalnya deme panggil KJ daddy aje tapi KJ mengadaptasi panggilan itu dengan budaya kita lantas ia ditukar kepada abah. Dan aku harap kalau KJ baca ni, dia buatlah pertimbangan yang betul sama ada nak kekalkan atau tidakgelaran “abah” tu.


Di Amerika Syarikat, kalau seorang gadis muda memanggil lelaki yang jauh jarak umur sebagai daddy, kena hati-hati. Ada isi tersirat di sebalik itu dan ia berkait rapat dengan unsur seksual.

Sekarang ini di tempat kita khususnya di social media, aku perhati ramai gadis muda yang turut adress KJ sebagai abah. Ni aku dah beritahu ni, fikirlah masak-masak sebelum kau nak ikut panggil beliau macam tu jugak.


Jangan sampai orang yang tahu asal-usul frasa “choke me daddy” ni label kau sebagai perempuan penggemar BDSM. Kalau jenis bersangka baik macam aku, tak apa. Aku anggap kau tak tahu. Kalau jenis bersangka buruk, macam mana? What if seseorang mesej kau “Wow I tak tahu pulak you ni dalam diam sukakan bondage.” Euwwww.

Penyelesaiannya, tak payah la nak berabah-abah meskipun itu mengurangkan jurang kita dengan beliau. Kau pun dah tahu kan apa puncanya. Address aje KJ seperti biasa. Yang Berhormat, YB, Tuan, Tuan Menteri, atau apa-apa gelaran yang sesuai dengan posisi beliau dalam masyarakat dan kerajaan.

Nota kaki : Bila aku borak pasal BDSM ni, jangan la cakap aku kaki porno pulak. Aku pun suka jugak ikut perkembangan budaya internet melalui Reddit, 4chan, dan Digg. Sumber bacaan aku tidak terhad kepada buku ilmiah, buku teks, mahupun buku resipi saja. Jadi, jangan tanyalah macam mana aku tahu pasal ni semua.

Rujukan Mohd zailee via ohmanis
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment