Kerana Hutang Ibu Paksa Anak Perempuan Berusia 14 Tahun Melacur Akhirnya Ditahan Polis - maitengoklah!

IKLAN

Kerana Hutang Ibu Paksa Anak Perempuan Berusia 14 Tahun Melacur Akhirnya Ditahan Polis


LAWAS – Akibat berhadapan dengan masalah kewangan yang serius dan menanggung hutang yang banyak, seorang ibu sanggup melacurkan anak perempuannya sendiri secara paksa yang berusia 14 tahun demi untuk mendapat wang dengan segera dan wanita kejam itu akhirnya ditahan polis di atas perbuatannya itu.

Turut ditahan, seorang wanita berusia 45 tahun yang juga pemilik pusat karaoke kerana disyaki menjadi ibu ayam menyerahkan mangsa kepada seorang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata kejadian itu dikatakan berlaku pada April lalu.

Bagaimanapun, ia hanya diketahui selepas mangsa memberitahu ketua kampungnya hari ini.

“Mangsa tidak pernah memberitahu kejadian itu kepada sesiapa, namun akhirnya ia diketahui ketua kampungnya.

“Pada jam 10.55 pagi tadi, ketua kampung membawa mangsa ke Balai Polis Lawas untuk membuat laporan,” katanya.

Dev berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah dalam keterangannya mengakui bekerja di pusat karaoke milik suspek kedua.



“Ketika bekerja sebagai pelayan di pusat karaoke itu, dia dipaksa ibu kandungnya dan pemilik karaoke untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

“Ibu mangsa dikatakan menghadapi masalah kewangan yang serius kerana menanggung hutang dan memaksa anaknya mengikut lelaki itu ke sebuah hotel di Lawas.
“Mangsa juga mendakwa melihat lelaki terbabit membayar RM1,000 kepada pemilik karaoke,” katanya.

Selepas dibawa ke bilik hotel, mangsa mendakwa lelaki terbabit merogolnya sebanyak tiga kali.

Dev berkata, sejurus menerima laporan daripada mangsa hari ini, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Lawas diketuai Inspektor Masri Lamsin menahan ibu kandung mangsa, di Jalan Liaw Kim Liu, di sini, pada jam 2.15 petang tadi.

Susulan penahanan wanita berusia 30 tahun itu, polis menyerbu sebuah kedai di Jalan Haji Matussin, di sini pada jam 3.05 petang dan menahan pemilik pusat karaoke itu.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti lelaki yang didakwa merogol mangsa.

“Kedua-kedua suspek akan dibawa ke Pejabat Daerah Lawas pagi esok untuk permohonan reman. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) (a) & (d) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya – BHarian
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment