IKLAN

"Kasih Seorang IBU" - Ibu Terbakar 70% Demi Selamat Anak!


Benarlah kasih ibu itu tidak boleh dibandingkan dengan harta benda dan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk anak-anak, termasuklah membahayakan nyawa sendiri. Itulah yang dilakukan oleh ibu dari Teluk Intan, Perak yang berani ini apabila dia tidak mengendahkan keselamatannya demi menyelamatkan anak-anak dalam satu kebakaran.

Menurut World of Buzz, wanita berusia 43 tahun itu telah meredah api yang marak menyebabkan badannya melecur sebanyak 70%.


Ibu bernama Wu Mei Li itu telah kehilangan suaminya tiga tahun lalu dan telah berpindah semula ke kampungnya di Bagan Datoh, Perak beberapa bulan lalu bersama tiga orang anaknya.

Kejadian malang itu terjadi pada Selasa baru -baru ini kira-kira jam 2.30 pagi di mana rumah yang mereka diami terbakar. Salah seorang anaknya beritahu, jiran tetangga beritahu bahawa ibu saya sudah terjaga lebih awal untuk ke bilik air sebelum terhidu bau yang pelik di dalam rumah.

Sebaik sahaja menghidupkan lampu untuk kenal pasti bau itu, tiba-tiba berlaku letupan di hadapan rumah dan mereka (jiran) sangka berlaku kebocoran gas yang disebabkan oleh suis elektrik itu.”


Jiran-jiran kemudian terjaga kerana bunyi letupan yang kuat sebelum keluar dari rumah masing-masing untuk ambil tahu apa yang berlaku. Mereka kemudian terkejut melihat rumah Wu yang berantakan sementara pintu hadapan telah hancur sepenuhnya. Melihat rumah itu sudah terbakar, mereka segera mengheret Wu keluar.

Menyedari Wu hanya berseorangan, mereka terus bertanya tentang keberadaan anak-anaknya. Wu kemudian teringat bahawa mereka semua masih di dalam dan tidak menyedari apa yang berlaku. Disebabkan itu, dia terus bangun dari berlari masuk ke dalam rumah, meredah api kebakaran untuk mendapatkan anak-anaknya yang tidur di belakang. Beraninya!


Keempat-empat beranak itu bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri dari kebakaran namun Wu dilaporkan mengalami kecederaan serius apabila 70% daripada badannya melecur. Dia kini dalam keadaan koma dan sedang dirawat di Hospital Ipoh.

Harap-harap selamat!

Kisah ibu yang bekerja keras di kedai kopi untuk membesarkan anaknya itu menyentuh hati penduduk kampung yang membuat keputusan untuk mengumpulkan wang membantu keluarga itu. Malah, salah seorang penduduk telah pun menderma sebanyak RM1,000 kepada keluarga Wu. Baiknya!


Diharap Wu pulih dengan cepat! Hargai pengorbanan ibu anda ye…
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment