IKLAN

Jika Ambulans Melanggar Kenderaan Anda, Bolehkah Anda Tuntut Insurans? Apa Kata Polis…”


Seperti kebiasaan, jikalau anda mendengar siren ambulans, pastinya anda akan sedaya upaya memberi laluan kepadanya untuk menuju ke destinasi secepat yang mungkin.

Namun pernahkah anda terfikir, apa yang harus anda lakukan jikalau ambulans yang sedang laju telah melanggar kenderaan anda dari belakang? Bolehkah anda menuntut bayaran insurans dari ambulan tersebut? Hmmm…

Baru-baru ini, seorang netizen telah dikejutkan dengan situasi apabila kenderaan Perodua Myvi miliknya telah dilanggar sebuah ambulans dengan teruk sekali di Kuala Lumpur. Menurut World of Buzz, cermin belakang kenderaan itu remuk teruk dan bumper kereta tersebut telah kemik. Mahal tu nak repair semua! 


Apa yang lebih mengejutkan, pemandu ambulans tersebut secara terang-terangan cuba mengelak dari bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut dan meninggalkan gadis yang di dalam kesusahan itu dengan begitu sahaja. Eh boleh pulak macam tu?

Mangsa yang dikenali sebagai Xiao Hui kemudian telah meluahkan masalahnya di laman Facebook untuk meminta pendapat netizen. Dia menulis,

“Saya nampak lampu isyarat berubah warna merah, jadi saya menekan pedal brek. Apabila kenderaan saya berhenti, saya merasakan satu tolakan kuat telah merempuh bahagian belakang kereta.

“Barulah saya tahu yang sebuah ambulans telah menghentam belakang kereta saya apabila dua orang pemuda ini datang mendekati,” tambahnya.

Gadis tersebut menjadi terkejut dan panik dengan kejadian yang menimpanya. Apabila dia berjaya mengawal perasaan, pemandu ambulans tadi datang kepadanya dan memperjelaskan apa yang berlaku.

“Pemandu ambulans itu beritahu saya yang ia sangat mustahil bagi saya untuk menuntut insurans atas apa yang berlaku. Hal ini kerana mereka akan mengatakan perkara yang sebenar bahawa mereka telah membunyikan siren dan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit.

“Mereka melanggar kenderaan saya kerana kereta saya telah menghalang perjalanan mereka ke sana,” jelasnya lagi.

Oh macam tu pulak?? Hmm…

“Saya tak faham mengapa mereka perlu cakap perkara sebegini, tapi saya yakin yang ia bukan salah saya. Lampu isyarat berubah merah dan saya patut berhenti pada ketika itu,” katanya yang mempertahankan diri.
Anda (ambulans) telah melanggar saya dalam keadaan yang sangat laju dan menolak kenderaan saya hingga ke tengah jalan. Kalau saya menunggang motosikal, agaknya saya dah meninggal sekarang.”


Entri ini telah tular di media sosial dan netizen seperti biasa mengutarakan pendapat mereka mengenai isu ini.“Tak masuk akal langsung! Hanya kerana dia menghalang perjalanan anda, tak bermaksud anda senang-senang boleh melanggar kenderaannya! Itukan lagi bahaya!” kata seorang netizen.Walau apapun komen para netizen, berikut kata polis mengenai isu ini.“Kebanyakan penunggang motosikal fikir jika mereka berlanggar dengan ambulans, secara automatiknya ia akan menjadi salah mereka dan mereka tidak dapat menuntut insurans dari pihak ambulans. Ini salah sama sekali.

“Selepas kemalangan berlaku, penunggang motosikal masih boleh membuat laporan polis dan biar polis lihat apa yang boleh mereka lakukan,” kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud.

Selain itu, pihak polis juga memberitahu ambulans yang bertugas juga sepatutnya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka ketika melepasi lampu merah, melalui persimpangan dan jalan yang berbelok. Mereka juga boleh dipersalahkan atas kemalangan yang berlaku.

sumber : worldofbuzz
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment