IKLAN

Jari Anak Hancur Gara-Gara Mainan Monyet!


SEORANG ibu berkongsikan kesedihan terhadap kejadian yang menimpa anak lelakinya yang berusia 16 bulan akibat bermain dengan permainan yang dikenali sebagai ‘wacku monkey’.

Wanita terbabit yang menggunakan nama Chell Shukapooh di laman Facebook mendakwa, disebabkan kecuaiannya, permainan yang dianggap tidak membahayakan pada awalnya itu menyebabkan anaknya mengalami luka agak serius.

Akibatnya, kuku dan isi jari tangan anaknya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.

Dakwa ibu terbabit, anaknya mengalami kecederaan itu setelah memasukkan jari dalam lubang permainan tersebut.

“Jari dimasuk dalam lubang kecil dan kemudian apabila dipaksa keluar, hujung jari sampai hendak terputus disebabkan mainan itu kuat apabila tangan wacky monkey bertemu,” katanya.

Kesal terhadap apa yang berlaku, ibu terbabit menasihatkan orang ramai agar berhati-hati kerana khuatir kejadian sama berulang.

Perkongsian ibu tersebut mendapat 7,700 likes dan dikongsi 18,000 netizen.


Rata-rata netizen menasihati agar menjauhi permainan itu demi keselamatan anak kecil.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment