Ingin Umur Panjang, Lelaki Ini Nekad Bunuh & Makan Hati Jiran! - maitengoklah!

IKLAN

Ingin Umur Panjang, Lelaki Ini Nekad Bunuh & Makan Hati Jiran!


Kerana taksub dengan keinginan untuk memanjang hayat hidupnya, seorang lelaki dilaporkan sanggup mengambil tindakan bodoh dengan membunuh jirannya sendiri selepas terbaca satu cara untuk memanjangkan umur.

Menurut laporan laman Coconuts, lelaki terbabit berusia 24 tahun telah pun ditahan polis selepas mengaku melakukan perbuatan membunuh itu terhadap jirannya yang dipercayai berusia 79 tahun.

Dalam kejadian yang berlaku di wilayah Bueng Karn, Thailand itu, mangsa yang bernama Tan Loon-Ubon telah dibunuh oleh suspek dengan disaksikan oleh penduduk setempat. Lebih mengejutkan, ketika polis menangkapnya dan selepas pemeriksaan dilakukan terhadapnya polis mendapati hati mangsa berada di dalam poket seluarnya.

Suspek dikatakan telah mengaku membunuh dengan niat untuk memakan hati mangsa kerana dipercayai sekiranya dia memakan hati manusia, dia akan terus hidup dan usianya akan bertambah panjang.

Melalui siasatan polis juga, suspek didapati turut mengambil dadah jenis syabu dan marijuana sebelum melakukan pembunuhan berkenaan. Walau bagaimanapun, suspek dikatakan hanya bertindak sedemikian setelah mangsa memaklumkan bahawa dia telah pun membunuh bapa suspek sebelum ini.

“Saya merasa sangat marah pada waktu itu, saya bertanya pada dia sebanyak 4 kali sama ada beliau menipu atau tidak sebelum saya terus menikamnya”, jelas suspek kepada pihak polis.

Mangsa bunuh telah dijumpai dengan mempunyai beberapa kesan tikam yang dilakukan suspek iaitu di bahagian leher dan perutnya yang terbelah manakala hati mangsa didapati hilang dipercayai diambil oleh suspek.

Suspek kini telah didakwa atas pertuduhan membunuh dan jika disabitkan kesalahan dia bakal berdepan dengan hukuman yang berat memandangkan telah membunuh mangsa dengan kejam.




Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment