IKLAN

Emma Maembong Sudah Ada Peganti Selepas Hubungan Dengan Kamal Adli Berakhir?


Baru-baru ini ada tersebar kisah mengatakan seorang VIP telah rapat dengan pelakon Emma Maembong setelah pelakon itu umum berpisah dengan Kamal Adli.

Gambar VIP itu telahpun tersebar dan individu berkenaan ialah Datuk Salim Rahman, seorang ahli perniagaan.

Setelah berita tersebar dengan cepat, ahli perniagaan Datuk Salim Rahman menjelaskan hubungannya dengan Emma Maembong hanya sekadar kawan.

Datuk Salim juga mengatakan dia mula mengenali Emma Maembong menerusi keluarganya.

Dia juga mengatakan dia mengenali Emma Maembong sejak beberapa bulan lalu daripada abang ipar aktres berkenaan.

Ini komen Datuk Salim Rahman:

“Saya rapat dengan dia dan keluarganya boleh dikatakan seperti “family friend” dan mengenali dia daripada abang iparnya.

“Namun belum ada hubungan istimewa jauh lagi sudah melamar dia seperti di dakwa,”

Datuk Salim berkata demikian menjelaskan kaitannya dengan Emma Maembong yang didakwa mempunyai hubungan rapat.

Tambah Datuk Salim lagi, dia tidak pernah keluar berdua bersama aktres itu, sebaliknya secara beramai-ramai.

Ini jelasnya:

“Kami tidak pernah keluar berdua, jika keluar pun secara beramai-ramai dengan ahli keluarga lain atau dengan kawan-kawan yang rapat,”

Menjelaskan foto yang dimuat naik Emma ketika di karnival Mood Republik Tour di Kota Kinabalu, Sabah, Datuk Salim berkata, dia juga sebenarnya terlibat di karnival berkenaan.

Ini komennya:

“Saya tidak menemani Emma ke Sabah, sebaliknya saya terlibat dengan karnival berkenaan juga,”

Terdahulu, dunia hiburan pada Rabu dikejutkan apabila Emma Maembong mendedahkan hubungannya dengan Kamal Adli sudah putus.

Keretakan hubungan tersebut juga dikaitkan dengan pelakon Duda Pujaan Dara iaitu Zahirah MacWilson.

Bagaimanapun, Zahirah yang berang namanya dikaitkan tampil mendedahkan mesej perbualannya dengan Kamal Adli bagi membersihkan nama dan imej yang dikatakan menjadi orang ketiga.

Kemudian timbul pula kisah bahawa Emma Maembong kini rapat dengan seorang VIP.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment