Cari Perempuan Lain, Konon Isteri Tak Dapat Mengandung! - maitengoklah!

IKLAN

Cari Perempuan Lain, Konon Isteri Tak Dapat Mengandung!


Disember lalu selepas perbincangan dengan ibu bapa, saya buat keputusan untuk berpisah dengan isteri disebabkan dia tak boleh memberikan zuriat kepada saya. saya pun telah berhubungan dengan seorang gadis lain yang saya ingin jadikan isteri tetapi hujung bulan lalu saya terkejut bila dapat tahu isteri dah mengandung. perasaan bercampur baur bila tengok isteri dah….

Assalamualaikum KRT, tolong post, perlukan pandangan kalian semua. Saya dan isteri sudah ada masalah sejak setahun lebih yang lalu. Semuanya gara-gara tekanan belum ada rezeki anak sejak berkahwin empat tahun lalu dan keluarga saya sendiri yang banyak memberi tekanan. Disebabkan masalah ini, saya mahu berkenalan dengan perempuan lain dan memang ke arah nak berkahwin.

Disember tahun lalu selepas saya keluar dari rumah isteri dan berbincang dengan ibu bapa, saya ambil keputusan untuk berpisah dengan isteri. Hujung bulan lalu saya pulang ke rumah isteri dan terkejut mendapat tahu yang isteri saya disahkan sudah mengandung 6 bulan sejak Disember lalu. Dia tak pernah beritahu saya tentang hal ini dan saya dah jadi seperti polis menyoalnya dengan bermacam-macam soalan.

Saya sedar, walaupun kami bergaduh dan tak sehaluan, saya masih sentuh dia. Isteri saya memang berbeza dengan perempuan yang saya kenal sekarang di mana perangainya degil, garang, tegas dan berdikari. Mungkin sebab dia datang dari keluarga bpercah belah yang menjadikan dia seperti itu pada hari ini. Dan girlfriend saya yang sekarang ini, lembut, hati tisu sikit. ciri-ciri wanita terakhir.

Bila saya dapat tahu isteri saya mengandung, perasaan saya bercampur. Jujur saya gembira bila mendapat tahu dia mengandung walaupun saya terkilan sangat dia tak beritahu saya. Sempatlah kami bergaduh sejam dua dan akhirnya saya tidur di depan dan dia tidur di dalam bilik.

Saya perasan banyak perubahan pada isteri semenjak dia mengandung. Dia dah pakai tudung, sembahyang pun dia jaga. Kadang-kadang saya nampak dia baca surah. Saya pun perasan isteri dah montel. Kejap-kejap makan, seluar jeans pun dah tak muat dan tak pakai. Berjalan pun perlahan saja. Cuma satu saja yang tak berubah. Mulut memang tak boleh kawal kalau menjawab.

Tapi ayah ada beritahu, isteri dengan saya seperti buku bertemu ruas. Orang lain asyik kena beralah dengan saya. Tetapi isteri saya memang tak bagi peluang pada saya. Saya tak pasti apa maksud ayah. Kami tak sesuai ke bersama?

Saya beritahu keluarga tentang keadaan isteri, mak dan ayah terkejut terutamanya mak seperti tidak percaya. Tetapi ayah teruja dan nak jumpa isteri saya.

Sepanjang perkahwinan kami yang naik turun ini, ayah tak pernah komen atau berat sebelah. Hanya diam sehaja. Saya jujur dengan girlfriend saya dan dia menangis dan kata isteri saya hanya nak menganiaya saya. Mula-mulanya memang saya nak percaya apa yang keluarga saya katakan. Mak, adik dan girlfriend saya serang isteri saya semasa saya outstation ke Kedah awal bulan baru-baru ini. Mujur ayah saya ada dan tolong selamatkan keadaan.

Baru-baru ini saya berbincang dengan isteri. Dia tanya apa yang saya mahu dan kenapa saya balik. Saya beritahu dia tentang keadaan saya sekarang, tentang girlfriend saya. Isteri izinkan saya berkahwin lagi tetapi selepas dia sudah selamat bersalin. Selepas itu kami akan berpisah. Isteri kata, bawa saja surat permohonan kahwin lagi. Kalau perlukan tandatangan dia, dia akan tandatangan.

Saya dapat rasakan isteri saya menahan air mata dan hati dia. Saya tak tahu dari mana dia dapat kekuatan setiap hari. Saya tanya dia, kenapa mudah sangat dia melepaskan saya? Dia kata, saya yang sudah lama melepaskan dia.

Sejak saya balik ke rumah isteri, bila tinggalkan dia seketika, saya asyik teringat pada dia. Risau, dah makan ke? Baby okay ke? Boleh ke memandu? Saya cuba nak berbaik semula dengan isteri tetapi dia cuba menjauhkan diri. Saya rasa macam dia sudah tiada hati pada saya. Salah ke saya cuba nak berbaik? Gagal ke saya sebagai seorang suami?

Saya beritahu girlfriend yang isteri benarkan saya berkahwin dengan dia. Tetapi dia pula tidak mahu berkongsi dan meminta saya memilih dia atau isteri. Mak pun dah macam orang gila, tuduh isteri saya mengandung anak lelaki lain. Ayah pula teruja sangat nak dapat cucu. Kalau jalan-jalan di mall dengna mak, singgah atau tengok-tengok/beli barang baby, mak marah-marah saya. Gagalkah saya?

Sumber:- KRT
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment