IKLAN

Budak perempuan sindrom crouzon dijual kepada pengedar dadah dipukul dan dijadikan pengemis


Sejak dua menjak ini, banyak kisah rogol, dera dan buli yang berlaku di negara kita. Kes-kes ini seperti tiada pengakhirannya. Baru-baru ini, tular pula kisah sedih yang berlaku di negara luar.

Annabelle, anak kecil yang dilahirkan tidak sempurna seperti rakan sebayanya, menghidapi penyakit Sindrom Crouzon. Sindrom ini terjadi kerana gangguan genetik dan menyebabkan anak kecil ini mempunyai mata yang terjojol. Menurut WORLD OF BUZZ, dia sering kelihatan penat kerana tidak dapat menutup matanya seperti orang lain.

Menyedihkan lagi apabila ibunya sendiri ingin menjualnya kepada pengedar dadah semata-mata untuk mendapatkan wang tambahan, memandangkan ibunya itu perlu menanggung lima adik beradiknya yang lain. Sampai hati!

Pengedar dadah tersebut mengambil kesempatan ini dengan mengubah penampilan anak kecil itu dan menyuruhnya menjadi pengemis di tepi jalan. Dia ditemani seorang perempuan yang turut menjadi mangsa kepada pengedar dadah itu diarah untuk berlakon menjadi ibunya. Mereka berdua dipukul dengan teruk dan kemudiannya dihantar semula ke tepi jalan untuk mengemis semula.

Pada suatu hari, anak kecil ini diselamatkan oleh seorang pemuda bernama Gonzalo Erize ketika dia berusia 5 tahun. Pemuda dari Argentina ini bekerja di Kalipay Negrense Foundation, iaitu merupakan sebuah organisasi yang membantu anak-anak dieksploitasi oleh orang yang tidak sepatutnya.

Pemuda ini mengambil keputusan untuk menyelamatkan Annabelle. Dia kemudiannya membawa anak itu ke hospital Manila bagi menjalani pembedahan untuk membaik pulih sindrom yang dialaminya.





Menurut Gonzola, Annabelle sering terjaga pada waktu malam dan menjerit kerana teringatkan mimpi ngeri yang berlaku padanya sebelum ini.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk membantu Annabelle agar hidupnya lebih cerah pada masa hadapan dan dapat bermain seperti anak-anak yang lain,” katanya.

Annabelle perlu berhadapan dengan bermacam-macam cara bagi memulihkan penyakit yang dihadapinya.

“Usaha kami untuk menyelamatkannya sangat berbaloi. Pembedahan yang melibatkan tengkoraknya berjaya dan kini otaknya dapat berkembang seperti kanak-kanak lain. Dia kini sembuh sepenuhnya.”

Sekarang, anak kecil ini hidup bersama 200 anak kecil yang lain di rumah kebajikan yang terletak di Filipina.


Harapnya lepas ini, ramai yang dapat contohi sifat baik Gonzalo Erize dengan membantu anak-anak malang seperti ini.

sumber : worldofbuzz
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment