IKLAN

"Brader Hilux'" Wanted! Diburu Polis Selepas Bertindak Ala Gengster!!


Lagak seorang lelaki bertindak ala gengster jalanan akhirnya undang padah apabila dia kini diburu polis selepas pukul seorang pekerja penghantaran makanan bermotosikal.

Dalam kejadian di Bandar Utama di sini petang Rabu lalu, mangsa berusia 27 tahun itu cedera di mata selepas dipercayai ditumbuk suspek beberapa kali gara-gara halang laluannya ketika jalan sesak disebabkan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC melalui jalan itu dan kemudian berhenti akibat jalan sesak disebabkan satu nahas.

Katanya lagi, sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda model Toyota Hilux kemudian membunyikan hon kepada mangsa kerana didakwa menghalang laluan pergerakannya.


“Pemandu Toyota Hilux berkenaan kemudian turun dari kenderaan dan memaki hamun mangsa dan menendang motosikal mangsa.

“Dia kemudian terus menumbuk mangsa beberapa kali di bahagian muka, kejadian dileraikan oleh anggota polis bantuan yang berada di tempat kejadian.

“Selepas itu, pemandu terbabit beredar meninggalkan lokasi kejadian,” katanya sebagai dipetik portal BH Online.

Justeri, pihak polis kini sedang mengesan suspek dan memangil saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat.

Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 323/427 Kanun Keseksaan.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment