IKLAN

Beri Respond Bila Dapat Jemputan Kahwin Di Facebook, Nampak Remeh Tapi Penting Untuk Pengantin.


Bagi kita yang dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan, lagi-lagi menerusi FB, kita akan mula buat acuh tak acuh, memberi jawapan pun tidak, hanya biarkan begitu sahaja. Ia mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting buat pengantin.

3 perkara yang aku belajar bila nak anjur majlis perkahwinan berkaitan jemputan.

1. Kalau ada orang invite kau ke majlis perkahwinan dia, walaupun hanya jemputan melalui facebook. Dia bukan jemput main-main. Bayangkan dalam friendlist dia ada 3000 orang, tetapi dia shortlisted kan 500 orang sahaja yang dia nak jemput.

Jadinya, apabila orang tu dah invite thru FB tu, pandai-pandai lah respon. Dapat datang ke tidak tu lain cerita. Kalau tak dapat datang, send je ‘cant go’. Kalau tak pasti, tekan sahaja ‘ maybe’. Kalau pasti tekan sahaja ‘Going’.

Bukan apa, kadang-kadang sedih juga bila kita dah semangat invite tapi orang tak respon. Bukan apa, memanglah kita tak buat RSVP tetapi kita nak tengok juga berapa ramai yang boleh datang, kot kot ada leh datang ramai, kita nak tambah makanan.

Itu sahaja function kita nak lihat respon orang pada jemputan tu. Kalau awak tak datang, kita boleh jemput orang lain pula yang tak muat dalam list 500 tu.

2. Kalau boleh, kita nak jemput semua kawan-kawan yang kita kenal untuk datang majlis istimewa kita. Tapi mesti, ada juga yang kekadang kita terlepas pandang kita tak jemput khususnya kawan-kawan rapat yang pernah satu batch belajar (sebagai contoh).

Macam aku, bila dah add 500 orang dalam invitation tu, aku cek2 balik, ada lah juga berpuluh -puluh lagi orang kau nak invite tapi tak muat. FB ni dia limitkan 500 orang jemputan shaja untuk private event. Kena gigihkan diri untuk pm tepi.

Haritu ada jugak member aku dia nak kahwin, dia datang majlis aku, tapi aku perasan aku tak dapat jemputan untuk majlis dia. Mula-mula nak touching, tapi aku beranikan diri PM tepi tanya. Rupa-rupanya aku baru perasan aku tak friend dengan dia dekat FB, dan yang handle jemputan di FB adalah maknya, so mungkin terlepas pandang.

Dia mmg nak ajak pun sebenarnya. Mujur aku tak touching lebih-lebih. Aku faham perasaan orang nak kahwin ni, dia serabut tak sempat nak fikir untuk jemputan satu persatu.

3. Part ni aku pun terharu gak. Sehari sebelum majlis aku, adalah beberapa kawan yang call aku, menyatakan dia tak dapat hadir kenduri aku. Aku sendiri tak pernah macam tu gigih nak call member sebab tak dapat hadir.

Tapi ini bila ada orang call nak mintak maaf tak dapat hadir, buat aku terfikir. Jahat betul aku tak pernah nak minta maaf secara personal dekat member-member yang invite aku majlis kahwin selama ni, tapi aku tak dapat hadir. Whatsapp/message pun aku tak pernah buat.

So bila ada orang buat cmni dekat aku, aku baru terfikir walaupun aku kadang2 tk dapat datang sebab kerja, aku seharusnya inform pengantin tu sebab dia dah invite aku personally thru fb. tapi aku buat dunno ja..huhu….

Itu lah tiga perkara yang nampak kecil tapi sebenarnya besar, aku baru sedar dan belajar.

Kadang-kadang kita ingat kita dah cukup dewasa dan tahu semua benda, rupa-rupanya tidak. Banyak lagi benda commonsense yang kita tidak tahu.

Peh gigih aku tulis panjang ni. Lama tk tulis.

So nasihat aku, kepada diri sendiri dan semua, kalu orang jemput kita majlis kahwin tu, cuba-cuba lah respon ya. kasihan member cakap sorang-sorang dalam FB Event tu. kehkehkeh.

Sekian

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment