IKLAN

“Beauty and the Beast” - Bahagia walau dikutuk!


Media sosial boleh menjadi satu tempat yang sangat kejam, dan toksik untuk sesetengah pasangan kerana ada sahaja individu yang teruk sanggup memberikan pelbagai kata-kata yang tidak menyenangkan pada pasangan yang mereka rasakan tidak sesuai.

Seperti yang berlaku kepada pasangan dari Vietnam ini, Linh Nguyen dan Hai Nguyen telah menerima kritikkan yang teruk di Internet kerena penampilan teman lelakinya dikatakan tidak menarik.

Setiap kali Linh memuat naik gambarnya bersama teman lelaki, gambar itu akan dipenuhi dengan kritikan serta kutukan dari netizen yang mengatakan teman lelakinya kerana memiliki tubuh yang gemuk.


Linh seorang yang agak terkenal di media sosial kerana dia mempunyai lebih daripada 39 ribu pengikut dan berbeza dari teman lelakinya yang setiap hari menerima kutukan, Linh pula sebaliknya kerana dia sering menerima pujian atas rupa parasnya yang cantik.

Awak cantik tetapi teman lelaki awak gemuk.

Awak tidak kelihatan bagus dengan seorang teman lelaki yang gemuk dan hodoh.

Malah, sesetengah orang juga mengelarkan mereka sebagai “Beauty and the Beast” malah sanggup mempersoalkan jika hubungan mereka itu adalah benar atau tidak.

Meskipun terbuka dengan hubungan cintanya di media sosial, Linh masih lagi diserang dengan lelaki yang tidak beradab pada setiap gambar-gambarnya setiap hari.


Namun, reaksi negatif dari netizen tidak menghalang pasangan yang telah menjalinkan hubungan hampir dua tahun itu dari terus memuat naik gambar romantik mereka untuk menambahkan lagi kebencian ‘haters’ mereka.

Dalam cinta, berat dan penampilan fizikal tidak penting sama sekali. Apa yang lebih penting adalah sejauh mana anda boleh berkomunikasi, dan jika hati anda adalah sesuai untuk satu sama lain.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment