IKLAN

"Baru Kau Rasa Apa Aku Rasa" - Dato Boy Iman


“Kau rasa apa yang aku rasa setelah kau menfitnah dan menganiaya aku..Allah x pernah tidur! Alhamdulilah,” itu adalah tulisan yang dimuatnaik oleh Dato Boy Iman di laman Facebooknya pagi ini.

Artikel Berkaitan : 
PANAS!! - YUSUF AZMI DAN ALI SALIMIN DITAHAN!
(UPDATE) YUSUF AZMI, ALI AKAN DI DAKWA!


Berdasarkan tulisan berkenaan, beliau dipercayai memuatnaik kenyataan itu untuk ditujukan kepada aktivis persatuan Pengguna Islam Malaysia yang sebelum ini telah mendedahkan kes rumah murah yang dipercayai telah menganiaya orang ramai.

Pendedahan dibuat selepas kira-kira 100 orang mangsa telah tampil membuat aduan terhadap pihak PPIM selepas mereka mendakwa ditipu syarikat DBI Properties milik pelakon berkenaan.

Berikut adalah jawapan daripada Saudara Yusuf Azmi mengenai status terbaru Boy Iman (ada di dalam video dibawah)



Malam tadi, Saudara Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin telah menerima surat mahkamah yang memerintahkan beliau menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kajang hari ini.


Beliau dan Ali Salimin telah ke menyerah diri pagi tadi, dan selepas memberikan keterangan, mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk didakwa melakukan perbuatan khianat dan menceroboh.

Yusuf Azmi dan Ali Salimin di dalam pertuduhan bagaimana pun mengaku tidak bersalah atas kesalahan bersubahat memotong pintu pagar dan ceroboh premis AGR Trade Sdn Bhd, Julai lalu selepas ramai mangsa tampil mendakwa ditipu oleh syarikat berkenaan.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment