IKLAN

Amyra Rosly Dapat Kereta Mewah Dari Amar Bahrin, Sempena Lahirkan Anak. Tahniah!!


Sempena kelahiran anak pertama ini, Amar Baharin membuat kejutan kepada Amyra Rosli apabila menghadiahkan isterinya itu sebuah kerta baru.

Memang amat bertuah Amyra Rosli mendapat seorang suami seperti Amar Baharin yang bamat romantik dan penyayang.

Hadiah kereta itu adalah sebagai tanda terima kasih terhadap pengorbanan Amyra melahirkan bayi lelaki mereka.

Melalui laman media sosial Instagram, Amyra Rosli telah meluahkan rasa terharu dan terima kasih atas kejutan diberikan Amar Baharin kepadanya.

Ini tulis Amyra Rosli di laman IG:

“Kehadapan Daddy… Anda adalah seorang insan yang paling baik yang pernah kami jumpa. Kami sangat bertuah mendapat seseorang seperti anda dalam hidup kami.

“Terima kasih atas hadiah ini dan untuk semua perkara istimewa yang anda lakukan. We love you @amarbaharin,” 

Amyra Rosli turut memuat naik gambar anak sulungnya yang sedang memegang kunci kereta baru itu


Ramai mengatakan kunci kereta itu seperti kunci kereta jenis Honda.

Imbas kembali, Amyra Rosli selamat melahirkan anak pertamanya di Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad lalu.

Sehingga kini, Amar Baharin dan Amyra Rosli masih belum mengumumkan nama anak mereka kepada peminat.

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

sumber : pagez
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment