Yakin Suami Kembali Sihat – Tak Pernah Penat Jaga Suami & Anak Kecil, Pengorbanan Isteri Ini Buat Ramai Sebak - maitengoklah!

IKLAN

Yakin Suami Kembali Sihat – Tak Pernah Penat Jaga Suami & Anak Kecil, Pengorbanan Isteri Ini Buat Ramai Sebak


Menerusi perkongsian Siti Rohayu sebelum ini, suaminya sudah 91 hari koma akibat terlibat dalam kemalangan. Selama itulah Siti Rohayu tidak putus-putus berdoa dan menjaga suami dengan penuh kasih sayang. Malah dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan suami meskipun apa yang terjadi. Dan syukur akhirnya suami sedar daripada koma.

Perkongsian Siti Rohayu yang terbaru sekali lagi membuat netizen sebak, meskipun belum pulih sepenuhnya kelihatan si suami memangku anak kecil mereka. Ketabahan dan kesabaran wanita ini menjaga suami dan anak memang kami salute!



Hari ke 145

Allah maha besar, kita merancang tapi perancangan Allah lebih hebat, doktor hanya meramal tapi tidak boleh nak tandingi Yang Maha Esa, ape yang doktor jelaskan dulu masih syg ingat tapi syg sikit tak percaya sebab syg lebih yakin kuasa Allah, doktor dah sedaya upaya merawat aby tapi setakat itu aje yang dia mampu, syg sambut aby dengan penuh kasih syg, syg cipta kehidupan kita sendri, tanpa melibatkan sesiapa, hanya kita dan anak-anak yang berada dekat rumah, dengan setiap kesusahan syg keperitan syg, Allah meringankan satu2 persatu, tak pernah merasa penat menjaga aby, walaupun dengan anak masih kecik, dengan tak cukup rehatnya..

Masa yang tak pernah cukup tapi syg redha..sbb syg yakin aby akan sembuh, kehidupan kita akan kembali normal, Allahuakbar..syg tak mampu nak berkata2..bila makin hari makin jelas prubahan aby,syg tak pernah jemu utk melayan aby, tak pernah jemu menjaga aby..kesakitan yg aby rasa syg pun turut merasa,sabar aby..ingat hembusan nafas kita akan terhenti bila2, ingat Allah..MRMZ



Semoga pasangan ini sentiasa berada di lindungan Allah swt. Dan semoga suami cepat sembuh dan hidup bahagia bersama keluarga tersayang. Kepada isteri, jangan pernah berputus asa dan semoga sentiasa kuat.

sumber : Siti Rohayu
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment