IKLAN

Wanita Berak Depan Rumah Jiran Diburu Polis!


GILA…pihak berkuasa kini sedang memburu seorang wanita yang dianggap `gila’ kerana secara selamba membuang najis di depan rumah orang, ketika dia berjoging di Colorado, sejak dua bulan lalu.

Siasatan dijalankan selepas satu keluarga melihat wanita itu, melucutkan seluarnya lalu `bercangkung’ di depan rumah mereka dan berak di situ.

Menurut keluarga berkenaan, Cathy Budde, kejadian itu mula-mula sekali disedari oleh anak-anaknya yang kemudian memaklumkan kepadanya.


Lebih menyakitkan hati, kata Cathy, wanita itu berulang kali melakukannya.

“Dia betul-betul berak di situ, di halaman rumah saya dan disaksikan oleh anak-anak saya sedangkan ada tandas awam di kawasan taman berhampiran.

“Wanita itu juga kembali ke sini sekali dalam masa seminggu untuk membuang najis,” katanya.

Menurut Cathy, dia telah meletakkan papan tanda berbunyi `tolonglah, saya merayu, tolong hentikan’ di depan rumahnya namun wanita itu tidak menghiraukannya sebaliknya terus membuang najis di situ.

Berikutan itu, polis telah menggesa Cathy merakamkan gambar wanita berkenaan dan dia berdepan dengan tindakan undang-undang.

sumber : mynewshub
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment