IKLAN

(VIDEO) Warga Afrika Bogel Ini Mencekik Budak Perempuan Di Kolam Renang!


Bukan itu sahaja, dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, lelaki berkenaan berkenaan dikatakan turut cuba melemaskan mangsa ke dalam kolam renang sambil mencekiknya. Dah kenapa dia ni?

Menurut Harian Metro, lelaki berusia dalam linkungan 30an itu menghampiri budak berkenaan sebelum tiba-tiba bertindak mencekiknya. Mangsa yang terkejut serta merta menjerit dan berjaya menarik perhatian pengawal keselamatan di pangsapuri tersebut.

Panik dengan situasi itu, warga asing berkenaan segera melarikan diri dalam keadaan bogel dan meracau seolah-olah dirasuk ketika cuba ditangkap oleh pengawal keselamatan. Gila kot dia ni.

Selepas beberapa percubaan, warga asing itu akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis ekoran laporan yang dibuat oleh salah seorang penghuni pangsapuri tersebut.



Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, warga asing itu sudah pun ditangkap dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Namun, hingga kini mereka masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak pengurusan pangsapuri atau dari pihak mangsa berhubung kejadian tersebut.




Kepada mereka di luar sana sentiasalah berhati-hati dan awasi anak anda. Perangai orang di luar sana kita tidak boleh duga kan…
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment