IKLAN

Video Tragedi Pusat Tahfiz Tular, Aznil Hj Nawawi Beri Amaran


Rata-rata rakyat Malaysia memberi perhatian sepenuh terhadap berita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menyebabkan lebih 20 mangsa terkorban. Sudah menjadi tular di media sosial apabila sebuah video menunjukkan tingkat paling atas di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang.

Lebih menghayat hati apabila kedengaran tangisan dan jeritan mangsa yang merayu-rayu meminta pertolongan. Namun, tidak semua hal perlu dikongsi dan disebarkan di media sosial kerana ia boleh mengganggu pihak tertentun bagi menjalankan sychological First Aid (PFA) utk mangsa terselamat dan pihak keluarga terdekat.


Perkara ini dikongsikan oleh pengacara nombor satu di Malaysia, Datuk Aznnil Hj Nawawi dengan memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya berhenti kongsi video tersebut.

“Saya dengan rendah hati memohon semua supaya tidak memforwardkan video kejadian kebakaran. Pihak Psych HKL sedang menjalankan Psychological First Aid (PFA) utk mangsa terselamat dan pihak keluarga terdekat. Klip video tersebut boleh menyebabkan trauma and gangguan emosi pada keluarga terdekat yang kini berada dalam saat-saat berduka.
Terima kasih” – Dr Zubaidah Jamil Osman, President Malaysian Society of Clinical Psychology

Antara mangsa yang terlibat dalam kebakaran. Al-fatihah.
Kami berharap pada sesiapa yang mempunyai video tersebut ataupun ada berkongsi di media sosial supaya dapat memadamnya dengan segera. Anak-anak ini ini sedang menunggu keluarganya di syurga Allah. Kita yang tengok video ini pun trauma apatah lagi ibubapa mereka. Renung-renungkan!

Sumber : Hangat.com
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment