(VIDEO) Berang Anjing Menyalak, Pemilik Buang Kotak Suara Anjingnya. - maitengoklah!

IKLAN

(VIDEO) Berang Anjing Menyalak, Pemilik Buang Kotak Suara Anjingnya.


Alangkah kejam dan tidak berperikemanusiaannya segelintir pemilik anjing yang sanggup menggunakan khidmat seorang veterinar untuk membuang kotak suara kerana tidak mahu anjing mereka menyalak, lapor Daily Mail. 

Gambar dan video yang dirakam secara sembunyi itu menunjukkan seorang veterinar yang tidak berlesen di selatan barat China, melakukan pembedahan itu terhadap beberapa ekor anjing di tepi jalan sambil dibantu oleh pembantunya yang membuka mulut haiwan berkenaan. 

Laporan berita itu mencetuskan kemarahan orang awam terhadapnya pencinta haiwan yang menggelar prosedur itu tidak perlu dilakukan dan kejam. 






Veterinar yang dikenali sebagai Zeng itu dikatakan telah menjalani perniagaan itu di pasar bunga dan burung di daerah Qingbaijiang, Chengdu sejak 14 September lalu. 

Zeng dilihat duduk di kiosknya di tepi jalan, bersama dengan beberapa peralatannya tersusun di meja lipat. 

Video menunjukkan seekor anjing berwarna putih disuntik di bahagian dada depannya sebelum dimasukkan penyepit besi di dalam mulutnya dan memotong kotak suara anjing itu sementara pembantunya menahan mulut haiwan itu dengan tali berwarna merah. 

Selepas berjaya mengeluarkan kotak suara haiwan itu, Zeng membuangnya ke tepi jalan dan meletakkan anjing itu ke tepi.



Zeng berkata, dia tidak mempunyai lesen untuk melakukan pembedahan/peniagaan itu namun mengakui bahawa dia mempelajari kemahiran itu dari seseorang beberapa tahun yang lalu. 

"Kenapa perlukan lesen? Sedangkan pemeriksaan tidak ketat dan tiada orang yang akan periksa pun," katanya. 

Difahamkan semua peralatan yang digunakan Zeng tidak disteril apabila dia melakukan 10 pembedahan itu dalam masa satu jam. Malah, kelihatan beberapa kotak suara anjing yang bersepah di tepi tempat duduk Zeng. 

Kata Zeng lagi, pembedahan itu hanya dikenakan caj dari 50 ke 100 yuan sahaja. 

Pada 17 September lalu, beberapa pegawai dari Biro Perhutanan Qingbaijiang datang dan meminta Zeng menunjukkan lesen perniagaannya. 

Zeng bagaimanapun mengaku bahawa dia tidak mempunyai lesen perniagaan dan pegawai berkenaan meminta Zeng berhenti meneruskan perniagaannya itu sementara siasatan lanjut terhadapnya dijalankan. 



Sementara itu beberapa pemilik anjing yang datang untuk menggunakan perkhidmatan Zeng menjelaskan, mereka terpaksa berbuat demikian kerana mereka menerima aduan dari jiran-jiran yang tidak menggemari anjing mereka menyalak. 

"Mereka mengadu yang anjing-anjing menyalak terlalu kuat. Jadi saya bawa dia ke sini untuk membuang kotak suaranya dan sekarang awak suruh dia berhenti beroperasi? Apa yang kami perlu buat untuk selesaikan masalah kami?" katanya. 

Menurut Undang-Undang Pencegahan Penangkapan Haiwan China, perkhidmatan yang dijalankan oleh Zeng itu tidak menepati standard klinik haiwan. 

Melakukan pembedahan secara terbuka di tepi jalan boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria pada anjing dan ditambah pula dengan peralatan yang tidak disteril boleh menyebabkan ancaman jangkitan penyakit berjangkit di antara anjing. 



Meskipun begitu, perkhidmatan seperti itu dikatakan sudah lama dilakukan dan mudah didapati di seluruh negara berkenaan. Malah, pemilik haiwan itu sendiri yang merelakan anjing mereka dibuang kotak suara bagi menghentikan haiwan perliharaan mereka itu dari menyalak terlalu kerap. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment