IKLAN

Setubuh Keldai Sebagai Ubat Jadi Kuat


Ntando Thembalethu Mankungwini, seorang pemuda berumur 23 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan persetubuhan dengan seekor keldai.

Media Afrika Selatan melaporkan Lembaga Pendakwaan Kebangsaan (NPA) menyambut baik sabitan kesalahan jijik serangan seksual tersebut yang mungkin menyebabkan mamalia itu trauma akibat diperkosa oleh spesies lain.

Mankungwini dinyatakan sebagai bersalah dan dijatuhi hukuman dalam perbicaraan yang mendapat liputan luas media dan berlangsung di Mahkamah Tinggi Mount Fletcher, Wilayah Eastern Cape dekat sini pada Khamis lalu.

Di mahkamah tersebut, tertuduh malahan dilaporkan membuat dalih lucu dan jelas tidak masuk akal apabila mendakwa bahawa dia terpaksa berjimak dengan keldai sebagai sebahagian daripada perubatan tradisional.

Laman berita tempatan News24 mendedahkan, pemuda berkenaan mengaku percaya bahawa dengan menyetubuhi keldai betina itu, Mankungwini bakal tumbuh sihat menjadi seorang lelaki yang lebih kuat dari segi zahir dan batin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak NPA, dilaporkan pemuda tersebut pada mulanya datang melintasi sekelompok keldai, sebelum membawa lari dua ekor haiwan berkenaan ke sebuah daerah terpencil.

Di lokasi tersembunyi itulah Mankungwini melakukan hubungan seks terkutuk dengan salah seekor keldai. Peristiwa itu terjadi di kampung Moreneng, mukim Chevy Chase, di pinggiran wilayah Eastern Cape.

Mankungwini bagaimanapun berjaya ditangkap oleh cucu pemilik keldai itu sendiri, yang secara kebetulan datang terserempak dia sedang mencuri dua haiwan berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak polis tempatan.

Tindakan pantas si cucu itu menyelamatkan nyawa Mankungwini daripada dibelasah oleh penduduk kampung yang lazimnya tidak dapat menerima jenayah seksual sedemikian.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment